Jumaat, 7 Ogos 2009

TERIMA KASIH…Ahmad Lai Bujang (kiri) menerima cenderahati daripada Pemangku Pengarah RELA Sarawak John Gila.


NKRA diharapkan sampai di kumpulan sasaran


UTUSAN SUBIS (/8/2009) - Ahli Parlimen P.218 Sibuti Ahmad Lai Bujang sangat berharap enam teras Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan sampai kepada kumpulan sasaran terutamanya penduduk kawasan luar bandar di P.218 Sibuti ini.


Katanya, dengan gabungan Gelombang Ke-2 Negeri Sarawak dan NKRA ini kita akan melihat sedikit masa lagi Sarawak akan setanding maju dengan negeri-negeri di Malaysia ini.


Dengan ini, kita perlu memberikan kepercayaan penuh terhadap kerajaan dengan menyokong polisi yang mampu memberi jaminan pembangunan sosial dan ekonomi agar penduduk luar bandar memperoleh segala faedah melalui NKRA ini.


“Menyentuh mengenai (NKRA) kemudahan infranstruktur, penduduk kawasan P.218 Sibuti ini amat jauh dari bandar dan kepentingan kemudahan seperti bekalan air bersih, elektrik dan jalan-jalan amat diharapkan sampai ke sekolah-sekolah.


Kemudahan asas tersebut amat penting dan sampai di sekolah-sekolah di sini kerana sekolah merupakan tempat utama melahirkan generasi baru yang bakal mencorak mengharumkan nama baik negera di persandar dunia pada masa akan datang”, tegasnya.


Beliau yang ditemui di Majlis Serah / Terima Tugas Kawalan Keselamatan Depot Tahanan Sementara Imigresen Bekenu semalam, kemudahan asas berkenaan juga harus sampai ke kampung-kampung dan rumah-rumah panjang supaya masyarakat luar bandar akan rasa apa yang dirasai oleh masyarakat di bandar.


Selain itu, kita juga berterima kasih kepada Kerajaan Pusat dan Negeri yang telah banyak dan cuba memberi bantuan dalam bidang pertanian, kesihatan dan kemudahan-kemudahan yang telah disalurkan kepada rakyat.


Kita amat bertuah dengan adanya gabungan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib) dan kabinet baru dan Ketua Menteri Sarawak (Pehin Abdul Taib Mahmud) yang sentiasa memberi perhatian penuh terhadap pembangunan dan kemajuan rakyat di era baru dan Gelombang Ke-2 Negeri Sarawak.


Terdahulu pada ucapan majlis ini, beliau amat bangga dengan kerjasama di anatara RELA dan pihak Depot Tahanan Imigresen Bekenu selama dua tahun RELA menjalankan tugas telah menjalan tugas dengan cemerlang demi keselamatan kawasan ini.


Selepas ini nanti, pegawai-pegawai dan pihak pengurusan Depot Tahanan Imigresen Bekenu akan bertambahlah tugas masing-masing, maka berharap mereka dapat berkerjasama dalam menjalankan tugas demi keamanan dan keselamatan kawasan kita dapat terjaga.


Turut hadir pada majlis ini ialah Pengarah Imigresen Sarawak Datu Robert Lian, Pemangku Pengarah RELA Sarawak John ak Gila dan kakitangan kerajaan tempatan.


Tiada ulasan: