Jumaat, 21 Ogos 2009


MUSNAH... Beginilah keadaan rumah Lipat Engki yang runtuh dan habis harta benda musnah.


Rumah ibu tunggal runtuh dan tiga cucu

terselamat dalam timbun kayu-kayu


UTUSAN SUBIS (21 Ogos 2009) – Sebuah keluarga dengan lima orang ahlinya yang terperangkap dalam rumah terselamat dalam kejadian rumah runtuh pada tengah hari semalam di kilometer 1 dari pekan Batu Niah.


Mangsa Lipat ak Engki, 57, ketika ditemui menceritakan bahawa dia terdengar dua bunyi aneh (kayu patah) dan dalam beberapa saat sahaja beliau dan anaknya serta tiga cucunya telah ditimbus rumah.


“Saya berasa bersukur kerana tiga cucu saya, Elysia Ruran, 2, Baggio Lian, 5, dan Lanmelly Rinai, 8,tidak mengalami kecederaan semasa keruntuhan berlaku, cuma anak perempuan saya Catherine Ranggi, 38 mengalami cedera kecil bahagian kaki kanan.

KESAKITAN... Lipat (duduk) menunjukkan kecederaan di bahagian kaki kanannya. Mana kala Catherine Ranggi hanya cedera kecil juga di bahagian kaki kanan.


Saya yang berapa di bahagian belakang rumah ketika itu tidak dapat berbuat apa-apa hanya turut sahaja dibawa runtuhan dan terperangkap menahan kesakitan pada di bahagian belakang dan kaki”, jelasnya.


Katanya, ketika saya berada dalam timbunan runtuhan itu hanya mampu berdoa kesemua ahli keluarga saya selamat sahaja.


Lipat dan anak perempuannya Catherine masing-masing merupakan ibu tunggal yang bergantung pada hasil kebun untuk menyara hidupan harian mereka.


Punca kejadian rumah runtuh ini belum diketahui lagi, kesemua harta benda di dalam rumah musnah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan