
Datuk Seri Shafie Apdal:
KKLW dalam proses kumpul data
UTUSAN SUBIS (21 Ogos 2009) Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah Malaysia sedang dalam proses menggumpul data untuk melaksanakan beberapa lagi projek kepada kumpulan asar yang menjadi keperluan di luar bandar Sarawak.
Datuk Seri Shafie Apdal berkata ini bagi memastikan pelaksanaan projek itu di bawah peruntukan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dapat memberikan implikasi besar kepada penduduk di Sarawak malahan juga di Sabah sama mendapatkan peruntukkan RM2 billion.

Katanya di bawah NKRA, sebanyak RM2 bilion disediakan khusus bagi membangunkan jalan luar bandar dan jalan kampung yang keseluruhannya dianggar sepanjang 1,500 kilometer di negeri ini. Sebanyak RM750 juta lagi turut diperuntukkan untuk pembangunan bekalan air bersih di kawasan penempatan luar bandar di Sarawak, katanya dan menurutnya kemudahan itu bakal turut dinikmati oleh kira-kira 2,000 penduduk Kampung Tiris Bekenu.
Dalam ucapannya sebelum itu, Mohd Shafie meminta rakyat di luar bandar negeri ini supaya bersabar menanti pelaksanaan projek-projek ini disiapkan.
Katanya beliau secara peribadi akan memastikan pelaksanaan projek terlibat akan mengikut jadual dan meminta wakil rakyat sentiasa memberikan maklum balas terkini berkenaan perkembangan semasa pembangunan di kawasan masing-masing.
Selain itu, katanya kontraktor yang telah diamanahkan untuk melaksanakan projek berkenaan perlu memastikan kerja mereka siap mengikut jadual dan memenuhi kualiti kerja yang ditetapkan.
Di Kawasan P.218 Sibuti (Kampung Tiris) bahawa 7 kawasan menerima pembangunan ini ialah Kampung Masjid, Pintasan, Tunah, Panyang, Tunah, Buihneh dan Rumah Panjang Enteri Blawan.
Turut hadir ialah MP P.218 Sibuti, Tuan Haji Ahmad Lai Bujang, Menteri Muda Pembangunan Sarawak Datuk Gramong Juna, Adun N.61 Bekenu Rosey Yunus, Setiausaha Politik Ketua Menteri Ripin Lamat dan pegawai-pegawai kerajaan tempatan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan