KM: YB Aidan harus dicontohi oleh masyarakat bukan Islam
UTUSAN SUBIS (14/9/2009) – Yang Berhormat Aidan Wing beragama kristian dan merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan N.62 Lambir perlu dicontohi oleh masyarakat bukan Islam kerana beliau telah berjaya bersama masyarakat Islam kawasan Niah bercadang membuat masjid dan kini telah pun siap dibina.
Demikian pujian Ketua Menteri Sarawak, Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud pada Majlis Perasmian Masjid Al-Jabbar Niah di sini pada 13 September 2009.
Katanya, cadangan membuat masjid ini dahulu adalah semasa Aidan Wing menjadi wakil rakyat di kawasan N.55 Lambir sebelum ia dipecah kepada N.61 Bekenu dan N. 62 Lambir.
“Ini telah mengambarkan dan menunjukkan bahawa Yang Berhormat Aidan Wing telah duhulu menjalankan tugasnya berkonsep 1 Malaysia seperti mana yang dikatakan oleh Perdana Menteri Malaysia Datuk Sri Najib Tun Razak mengenai konsep 1 Malaysia.
Tahniah dan syahbas kepada Pengerusi Jawatankuasa Pembinaan Masjid Baru Niah, Yang Berhormat Aidan Wing kerana kesungguhannya membina masjid kini menjadi kenyatakan, masjid yang amat indah seluas 6.28 ekar dan kos pembinaan 4 juta sudah pun berjaya dalam tugasnya“, tambahnya.
Katanya, dengan adanya sudah masjid ini, semoga jalinan kemasyarakatan dan perpaduan berkonsep 1 Malaysia dapat terjalin lebih erat lagi di antara islam dan kristian, kristian dan islam, islam dan buddish dan semua kaum yang ada di Sarawak.
Tahniah juga kepada Jawatankuasa Pembinaan Masjid Baru Niah iaitu Penasihat Datuk Haji Daud Abdul Rahman (Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam), Tuan Haji Ahmad Lai Bujang (Ahli Parlimen P.218 Sibuti), Timbalan Pengerusi Rosey Yunus (Adun Bekenu), Setiausaha Kr. Anuar Haji Ahmad, Bendahari Penghulu Adenan Salleh dan ahli-ahli jawatankuasanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan