Khamis, 17 September 2009

TERIMA KASIH...Tahniah kepada umat Islam Niah kerana sudah mempunyai sebuah masjid baru yang tersergam indah dan terima kasih kepada penderma-penderma yang ikhlas.


Rakyat Sibuti bertuah punya
pemimpin berjiawa rakyat

UTUSAN SUBIS (14/9/2009) – Rakyat kawasan Sibuti sangat bertuah dengan komitmen yang diberi oleh seorang pemimpin berjiwa rakyat iaitu Ketua Menteri Sarawak, Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud di mana politik pembangunan yang diilhamnya menjadi kenyataan.

Demikian kata Ahli Parlimen P.218 Sibuti, Tuan Haji Ahmad Lai Bujang yang turut hadir dan berucap pada majlis Perasmian Majlid Baru Niah yang disempurnakan oleh Ketua Menteri Sarawak pada 13 September 2009.

Katanya, sekarang kita menempuhi gelombang kedua politik pembangunan yang akan membawa pembangunan yang lebih pesat di kawasan-kawasan luar bandar.

“Rakyat di kawasan Sibuti amnya dan penduduk Niah khasnya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ketua Menteri Sarawak kerana impian umat Islam di kawasan Niah telah tercapai walaupun kami telah merancangkan begitu lama untuk mengadakan Masjid Baru Niah ini lebih kurang sembilan tahun yang lalu.

Pada hari ini kita melihat Masjid Baru Niah tersergam indah dan siap untuk digunakan oleh umat Islam, terima kasih kepada Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam) Sarawak, Datuk Haji Daud Abdul Rahman dan Adun N.62 Lambir Aidan Wing selaku Pengerusi Jawatankuasa Pembinaan Masjid Baru Niah yang dibantu oleh Adun N.62 Rosey Yunus yang berkerja keras mencari dana dan galakkan“, tambahnya.

Beliau juga merakamkan ribuan terima kasih kepada masyarakat setempat dan luar serta penderma-penderma yang ikhlas bukan Islam telah memberi kejayaan kepada kita hingga menjadi kenyataan yang Masjid Baru Niah sudah pun siap sepenuhnya.

Tuan Haji Ahmad Lai Bujang turut gembira dengan melihat kehadiran para mahasiswa-mahasiswi dari Universiti Malaysia Pahang seramai 34 orang dan diiringi oleh dua pensyarah dalam lawatan sambil belajar ke Bintulu Sarawak turut hadir meriahkan suasana majlis perasmian ini.

Kehadiran mereka yang datang dari berlainan negeri di semenanjung ini adalah sebar sedikit akan mencerita pengalaman lawatan mereka terutamanya dalam arena politik di Sarawak yang melihat kemesraan Ketua Menteri Sarawak dengan rakyatnya mampu seiring sejalan dalam membangunkan masyarakat di Sarawak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan