Selasa, 30 Mac 2010

JEGOKAN... Dato Shalan Ismail (berdiri kiri) bersama rombongan buat tinjauan ke SK Rancangan Skim Sepupok (Niah) bagi mendekatkan lagi maklumtan yang terperinci ke kawasan luar bandar di Parlimen Sibuti pada 29 Mac lepas.


TIADA NOKTAH PELAJARAN KITA


UTUSAN SIBUTI - Tidak ada tanda noktah kepada pembelajaran persekolahan di Malaysia untuk sampai bila-bila masa, malahan pada zaman kemodenan teknologi dunia kian memerangsang telah menuntut kita untuk rebut peluang yang ada di persekitaran kita.


Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri Dato’ Shalan Ismail dalam kerja Tinjauan Mesra di Sekolah Kebangsaan (SK) Rancangan Skim Sepupok semalam menekan keras supaya anak-anak sekolah luar bandar harus punyai penguasaan Bahasa Inggeris (BI) yang mendalam.


Katanya, zaman yang semakin moden disusuli pelbagai kecanggihan teknologi dunia pada masa ini harus dipahamkan bahawa terdapat ruangan untuk merebut pelbagai peluang yang ada, maka kemahiran dalam BI harus ditanam pada anak-anak di bangkul sekolah rendah.


Dalam memajukan pelajaran kalangan anak-anak masyarakat luar bandar yang utama ialah struktur alam persekitaran sekolah harus mempunyai kelengkapan bagi memberi keselesaan pada sesi pembelajaran dan pengajaran di kalangan guru-guru, tambahnya.


“Keadaan dalam mendidik pelajar adalah tidak asing bagi saya, kerana saya juga merupakan seorang guru suatu masa dulu, memang benar persekitaran sekolah harus mempunyai pelbagai kemudahan”.


“Jika struktur sekolah, kelas, bilik guru dan asrama pelajar serta kemudahan asas bekalan air bersih serta elektrik seperti di bandar pasti anak-anak dan guru-guru kita terasa selesa aman selamat mengejar tuntutan kemahuan dunia dalam arus teknologi moden sekarang”, jelasnya.


Katanya, SK Rancangan Skim Sepupuk (Niah) ini yang dibina secara gotong-royong oleh penduduk rumah-rumah panjang pada tahun 1976 sudah ada tanda kedaifan yang harus diperbaharui dan permohonan pihak Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) dan penduduk di sini akan dibawa ke pengetahuan Perdana Menteri untuk dipertimbangkan.


PIBG juga harus memberi kerjasama yang komited dan sangat diperlukan untuk menitik berat atas keselamatan dan kesihatan serta kemajuan anak-anak sekolah.


“Rasa terkejut dengan berita bahawa kolam di SK Rancangan Skim Sepupuk ada buaya sesat dan tindakan pantas penduduk di sini telah menyelamatkan anak-anak kita, syabas kepada penduduk rumah panjang”.


“Saya juga bersimpati dengan pelajar luar bandar yang begitu tabah hati menimba ilmu dalam keadaan yang serba kekurangan, di mana mereka di sini terpaksa mandi di kolam yang penuh lumpur dan terdapat juga pelajar di sini terpaksa mandi air sungai yang masin”, jelasnya.


Penderitaan murid di sini akhirnya mendapat maklum balas dan kementerian akan laksanakan Projek Bekalan Air Bersih di SK Rancangan Sepupok dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10). Jika tiada sebarang masalah dan halangan, projek ini dijangka akan dilaksanakan melalui NKRA pada 2011 kelak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan