Selasa, 30 Mac 2010

KEPERITAN yang nyata, kelihatan beberapa penduduk kampung terpaksa mandi air masin kerana kemarau terus berpanjang hingga hari ini.

KAMI MANDI AIR MASIN

Kami mahu kemudahan asas dalam gagasan 1 Malaysia


KEMARAU terus berpanjangan, masalah bekalan air bersih kehabisan hampir dua minggu kini mulai merisaukan hampir 600 penduduk di tiga perkampungan di kawasan pendalaman Sibuti.

Dalam lawatan tinjauan Utusan Sarawak ke Ulu Sungai Sibuti iaitu Kampung Bulau, Mutap dan Sinop petang semalam memang tidak dapat dinafikan keperitan penduduk di sini sudah tidak ada bekalan air bersih pada saat-saat ini.


Lawatan Awang Tengah Hassan di Kampung Bulau pada 8 Mac 2010 baru-baru ini. KK Amin (3 kanan) menyampaikan cenderahati kepada Awang Tengah Hassan di atas perasmiian Jambatan Gantung di Kampung Bulau.


Ketua Kampung Bulau KK Amin ketika ditemui berkata, masalah tiada berkalan air amat perit tambahan pula kepulan asasp menjadikan persekitaran kampung berjerebu musim kemarau ini.


Kewujudan perkampungan di sini pada tahun 1899 kian nampak ada pembangunan dan kemajuan semuanya di atas keperihatinan kerajaan bersama dengan kesungguhan wakil rakyat kita Ahmad Lai (Parlimen Sibuti), Rosey Yunus, Aidan Wing dan Datuk Amar Awang Tengah (ADUN) serta wakil-wakil rakyat dalam Barisan Nasional.


Katanya, masalah kemarau tiada bekalan air bersih sekian lama amat perit pernah dirasai, masa ini penduduk kampung kami terpaksa menggunakan air masin sudah hampir dua bulan.


Aktiviti sukan perahu penduduk kampung di air sungai yang masin sempena lawatan Awang Tengah Hassan pada 8 Mac 2010.


“Sabun yang digunakan untuk mandi tidak mampu berbuih, kita sudah menguji pelbagai sabun mandi yang berjenama tetap juga tidak berbuih, selepas mandi air masin sudah pasti badan terasa gatal”.


“Kami di perkampungan ini hanya bergantung kepada hujan untuk mendapat bekalan air bersih untuk minuman dan masakkan, jika air sungai tidak masin… sudah tentu kami terpaksa juga gunakan air sungai untuk masakkan pada musim kemarau ini”, jelasnya.


Kami akan membuat permohonan pembekalan air bersih daripada Pejabat Daerah Sibuti dan Jabatan Kebajikan Masyarakat Miri dalam masa terdekat ini.


Kami di perkampungan di sini dengan hati yang sabar untuk menunggu pemasangan kemudahan asas iaitu bekalan air bersih, kami amat bersyukur kerajaan telah meluluskan peruntukkan yang besar bernilai RM5.4 juta baru-baru ini, jelasnya.


Utusan Sarawak juga mendapati banyak perubahan di kampung berkenaan bahawa baru-baru ini kerajaan sudah pun membina sebuah jambatan gantung bernilai RM150,000, sistem jalan raya ke Kampung Bulau sudah ada begitu juga dengan bekalan elektrik kini dalam perancangan pihak kerajaan.


Lawatan Utusan Sarawak bersama rombongan Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Mohammad Shafie Abdullah pada 24 Mac lalu di 13 rumah panjang kawasan Saeh turut menerima impak keperitan musim kemarau yang bermula awal Februari lepas hingga hari ini.


Rumah Mentali Gesa, Saeh Niah, bersama 12 lagi rumah panjang iaitu Rumah Linan Jalak, Suring Liang, Lucas Muling, Limbang Kaiyang, Sikun Ebit, Anyai Ijau, Danggang Tubai, Jalani Mambang, Philip Gindi, Mat Burai, Lagan Mungkun dan Jilin.


Memang juga tidak dapat digelakkan penggunaan air bersih semakin berkurangan dan ada setengah daripada rumah-rumah panjang telah pun kehabisan bekalan air bersih untuk minuman dan masakkan.


Kesemua rumah panjang berkenaan masih lagi memerlukan kemudahan asas dan sangat berharap dalam lawatan Tinjauan Mersa Setiausaha Politik PM Mohammad Shafie akan membuahkan hasil dengan peruntukkan untuk dapatkan kemudahan bekalan air bersih seperti yang dinikmati di kawasan bandar.


Cikgu Tila Chakok... mandi air masin


Seorang pengajar Sekolah Kebangsaan Rumah Mentali Gesa, Cikgu Tila Chakok, 42 tahun berasa dari Bintulu sebar sedikit dengan kemahiran dan inisiatifnya telah mewujudkan sebuah mesin pam air kecil untuk menyalurkan bekalan air sungai dipamkan ke rumah kakitangan Sekolah Kebangsaan Mentali Gesa telah meringankan bebansan mereka.


Katanya, mesin kecil dan paip-paip yang disalurkan ke rumah kakitangan sekolah ini tidak perlu kos yang besar, kita cuma membelanjakan dalam lingkungan RM500 sahaja. Di musim kemarau ini kami sukar mengepam air kerana sungai mulai cetek.


“Saya dan 68 pelajar di sini juga terpaksa mandi air masin, apa kan daya…. kemudahan asas bekalan air bersih belum sampai lagi”.


“Di kawasan Seah ini mempunyai 3 sekolah rendah iaitu SK Rh Mentali, SK Rh Undi dan SK Saeh. Ketiga-tiga sekolah ini juga mengalami situasi yang sama terpaksa mandi air masin”, jelasnya.


Tuai Rumah Jalani Mambang


Tuai Rumah Jalani Mambang, 60-an, ketika ditemui berkata, kami seluruh kawasan Saeh Merah dan Putih adalah berdiri teguh bersama Barisan Nasional kerana kami perlu bantuan daripada kerajaan untuk membangunkan rumah panjang kami.


“Tidak pihak pembangkang dalam hati kami, hanya BN yang mampu membawa perubahan kepada kami… dan lihatlah sistem jalan raya sudah ada, dahulu kami terpaksa mengunakan perahu untuk ke pekan Batu Niah dan Niah”.


“Saya amat gembira kerana Perdana Menteri kita Datuk Sri Najib Tun Razak telah menghantar pegawai ke rumah panjang kami, kami bertuah kerana gagasan 1 Malaysia di mana orang Iban tidak tercicir walaupun di kawasan pendalaman”, tambahnya.


Tuai Rumah Ayai Ijau


Tuai Rumah Ayai Ijau, 40-an, terlebih dahulu terima kasih kepada BN kerana sangat prihatin terhadap masalah yang dialami oleh rakyat.


“Kami perlukan bekalan air bersih, air sungai ada yang tercemar kerana ladang-ladang sawit makin berkembang di kiri kanan yang mengunakan kimia racun dan baja sawit”.


“Penduduk rumah panjang kawasan dua Saeh sudah semakin bertambah, maka pelbagai kemudahan asas juga turut dituntut bagi memberi kemudahan kepada generasi baru kami kelak”, jelasnya.


Harapan kami semoga yang dipohon oleh penduduk Saeh akan sampai kepada Perdana Menteri dan mendapat pertimbangan melalui gagasan 1 Malaysia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan