PMR WADAH TERBAIK MASYARAKAT
SIBUTI (Bukit Peninjau), Sabtu – Keaktifan insiatif Program Mesra Rakyat (PMR) yang dilaksanakan oleh Jabatan KEMAS Daerah Miri sebagai wadah terbaik untuk mendekatkan masyarakat dengan pemimpin.
Demikian kata Ahli Dewan Undangan Negeri N.62 Lambir, Aidan Wing pada Majlis Perasmian PMR anjuran KEMAS (Unit Pembangunan Desa) dan Jawatankuasa Keselamat Kampung Rumah Panjang Sating pada pagi tadi.
Katanya, inisiatif KEMAS ini amat sesuai dan bertepatan dengan kehendak rakyat khususnya di luar bandar agar terus membangun kearah individu yang berilmu, berkhemah, berdaya tahan dan mempunyai nilai-nilai murni di globalisasi kerun ke-21 ini.
Kurun ke-21 ini adalah merupakan zaman yang lebih mencabar kehidupan kita, anak-anak dan keluarga secara keseluruhannya. Oleh itu, tanpa ilmu yang mantap dan tanpa kemahiran menyeluruh dalam pelbagai perkara akan menjejaskan serta mempengaruhi kitaran kehidupan yang ingin maju dan cemerlang, tambahnya.
“Saya sebagai wakil rakyat di sini akan berkerjasama dengan Jabatan KEMAS bagi membantu dan menyelesaikan sebarang permasalahan yang ada dengan baik agar setiap permasalahan dapat diselesaikan dengan seberapa segera”.
“Demi membawa perubahan kepada masyarakat luar bandar ketika kesibukan kita menjalankan tugas adalah bahawa pemimpin kita memang tidak pernah mengabaikan masyarakat di akar umbi”, jelasnya.
Katanya, suasana harmoni begitu jelas dengan pemuafakatan yang ditunjukkan oleh masyarakat setempat dengan aktiviti sukaneka yang dipertandingnkan dengan impak bukan sahaja kepada fizikal malahan jua kepada kecerdasan mental.
Ini adalah kerana kecerdasan minda yang lahir daripada kecergasan fizikal ataupun disebut tubuh badan yang sihat. Justeru itu, amat sesuai dan bertempatan dengan kepada setiap lapisan masyarakat kita, tambahnya.
Turut hadir ialah Pegawai KEMAS Daerah Miri Sutinah Ibrahim, Kaunselor Zainani Salleh, Ketua Pemuda Ranting Lambir Ajis, Tuai-tuai rumah panjang DUN Lambir dan masyarakat setempat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan