PIHAK BERKUASA 'TURUN PADANG'
UTUSAN SIBUTI – Keluhan masyarakat pendalaman daripada kawasan Parlimen Baram dan Sibuti mengenai kerosakan teruk Jalan Bakong kini dalam perhatian dan pemantauan kerja oleh pihak bertanggungjawab bagi menjamin keselamatan pengguna.
Jurutera sebuah syarikat tempatan ketika ditemui dalam kerja pemantauannya di km 4 dari pekan Bakong berkata, pemantauan ini dibuat atas makluman dan keluhan daripada orang ramai di kawasan Bakong sejak beberapa tahun lalu.
Pihak berkenaan kini dalam membuat pemantauan mengenai kerosakkan jalan dan
Jalan ini adalah merupakan jalan utama penduduk kaum orang ulu dari kawasan seperti kawasan Long Lama, Long Miri, Tinjar (Lapok), Logan Bunut dan juga ke Pekan Marudi dengan menyeberangi Sungai Bakong yang kini dalam pembinaan jalan.
Tinjauan mendapati jalan yang sangat teruk dan berbahaya adalah depan Sekolah Menengah Kebangsaan Bakong di mana terdapat ramai pelajar pergi ke sekolah menggunakan motosikal yang bertarungan dengan pelbagai jenis kenderaan berat di sini.
Keadaan paling bahaya ketika melalui jalan rosak ini ialah pada musim hujan hingga jalan becak dan licin hingga kadang-kadang kenderaan sukar kawal. Jika musim kemarau seperti sekarang jalan rosak lagi berdebu tebal juga turut membahayakan pengguna.
Dalam perjalanan ini, penulis turut terserempak dan sempat menemubual dengan pemandu sebuah lori 3 tan yang terbabas ke bahu jalan kerana bimbang keselamatannya terancam dalam kemalangan.
Pemandu lori 3 tan yang hanya dikenali Wee, 31 dari Miri berkata, kejadian ini berlaku kerana sebuah kenderaan berat telah memasuki lorong jalannya bagi mengelak jalan rosak berlubang telah memaksanya sepantas kilat jatuh ke bahu jalan.
Pemandu dan seorang pekerjanya dalam kekesalan itu bernasib baik sempat menggelakkan diri dari dirempuh kenderaan berat, mereka berdua tidak mengalami sebarang kecederaan serius.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan