Selasa, 11 Mei 2010

BANTUAN… Pegawai Kesihatan Bekenu yang segera memberi bantuan tetapi gagal kerana mangsa mengalami kecederaan teruk patah leher.

TERUK… Keadaan pancuan empat roda milik Jamil Karkarun yang terbabas hingga maut kepadanya di satu kecelakaan di Jalan Kejapil/Kabuloh.


KECELAKAAN KENDIRI: 1 Maut 3 Cedera


UTUSAN SIBUTI – Dalam kegembiran bercuti di Hari Pekerja empat saudara yang hanya tinggal 1km untuk sampai di rumah mereka menjadi satu peristiwa yang menyayat hati keluarga mereka apabila kenderaan pancuan empat roda (Isuzu) mereka terbabas hingga membawa maut kepada pemandunya.


Kejadian kecelakaan jalan raya yang berlaku di Jalan Kejapil Kebuluh pada lewat petang samalam amat tidak disangkakan kerana keempat-empat mangsa tercampak keluar dari kenderaan yang dalam perjalanan pulang ke rumah selepas bersiar-siar di kedai Simpang Bekenu.


Polis yang ditemui ditempat kejadian telah mengesahkan bahawa mangsa Jamil Karkarun, 31 dari Kampung Kejapil telah maut ditempat kejadian ketika tercampak beberapa meter daripada kenderaannya lalu mengena pokok dan mengalami patah leher yang teruk.


Katanya, kejadian kira-kira jam 4.30 petang itu dipercayai hilang kawalan ketika berada di selekoh lalu terbatas yang hampir melanggar tiang elektrik dan pintu pagar rumah di kawasan Kampung Kejapil.


“Tiga lagi mangsa yang terlibat dalam kecelakaan ini telah dikerja ke Hospital Umum Miri (HUM), di mana seorang daripadanya telah mengalami retakkan di kepala yang berlumuran darah dan mereka bertiga telah dihantar oleh penduduk kampung mereka”.


“Mereka yang dikerja ke HUM ialah Saiful Rizal Razam, 18, Mohamad Armirzan, 15 dan Shart Nazri, 21 kesemua mereka termasuk Jamil Karkarun adalah bersaudara yang masih lagi bujang dan sama tinggal di Kampung Kejapil”, jelasnya.


Turut hadir memberi bantuan segera ialah pegawai kesihatan dari Klinik Desa Bekenu, tetapi malang bantuan itu tidak kesampaian kerana mangsa (Jamil Karkarun) telah mengalami cedera teruk patah leher menyebabkan kematian mangsa.


Mayat mangsa maut telah dibawa ke HUM untuk bedah siasat oleh pihak HUM, sehingga berita ini ditulis bahawa ketiga-tiga rakan mangsa masih berada di HUM dalam zoon hijau HUM.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan