SAMBUTAN…Awang Tengah (kiri) dan Rosey Yunus (kanan) mendapat sambutan hanggat daripada penduduk RH Patrick Libau Niah pada Program Pemimpin Bersama Rakyat semalam.
KERAJAAN TIDAK LUPA JANJI
UTUSAN SIBUTI – Kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak lupakan taburan janji kepada rakyat, hanya cuma rakyat sabar menunggu peruntukkan disalurkan dan dilaksanakan secara berperingkat.
Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber II, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan berkata, kerajaan BN tidak pernah mengabaikan permohonan rakyat malahan wakil rakyat (ADUN/Ahli Parlimen) kawasan masing-masing terus berpeluang di persidangan untuk mendapat peruntukkan untuk rakyat.
Katanya, lihatlah dengan kesabaran rakyat di sini dan ketekunan wakil rakyat di sini telah berjaya memperolehi peruntukkan berjuta ringgit untuk bekalan elektrik ke Rumah Panjang Rh. Patrick Libau dan Rh. Paong sekarang.
Begitu juga wakil rakyat kita di sini iaitu permohonan bekalan air bersih dan naik taraf jalan kampung sentiasa berkumandang di persidangan DUN oleh Rosey Yunus dan Parlimen oleh Ahmad Lai Bujang, mereka sentiasa kerja keras dan turun
“Projek untuk saluran bekalan air bersih ke Rh Patrick Libau dalam NKRA memang diluluskan, cuma kita sedang berusaha untuk memperolehi peruntukkan kerana ia memerlukan berjutaan ringgit untuk projek ini”.
“Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar untuk Rh Patrick Libau adalah sejumlah RM3.5 juta dengan konsumer sebanyak 106 bilik dan Rh Paong ialah RM234, 314.73 (18 bilik), di mana ia dibiayai oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dengan kerjasama Kementerian Kemudahan Awam Sarawak”, jelasnya.
Tengah yang juga merangkap Menteri Kemudahan Awam berkata, rakyat di kedua-dua rumah panjang yang terlibat dalam menerima kemudahan asas elektrik ini nanti adalah dinasihatkan supaya memberi kerjasama kepada pihak kontraktor bagi memperceptkan proses menikmati elektrik ke tempat masing-masing.
Turut hadir bersama rombongan pada Program Pemimpin Bersama Rakyat di Rh Patrick Libau ialah Ahli Parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang, ADUN Bekenu Rosey Yunus, ADUN Marudi Sylvester Enteri Muran, ADUN Telang Usan Lihan Jok, Setiausaha Politik Ketua Menteri Robert Laying dan Ripin Lamat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan