Rabu, 25 Ogos 2010

KENANGAN… Rosey Yunus (tiga kiri), Datuk Ibrahim Saat (tengah) dan KK Ahmad Ajak (tiga kanan) merakamkan kenang-kenangan bersama peserta konvoi di Surau Darul Ibadah Kampung Lajong Kuala Niah malam tadi.


ROSEY YUNUS : CINTAKAN NEGARA

PERLU ADA PADA MASYARAKAT


UTUSAN SIBUTI - Semangat cintakan negera perlu ada pada setiap kalangan masyarakat di Malaysia, untuk menyemarakkan cinta negara satu langkah yang terbaik seperti Konvoi Ambang Mederka 1Malaysia yang dilakukan Biro Tata Negara Sabah (BTNS) yang sedang dalam perjalanan ke Bandaraya Kuching pada malam ini.


Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Bekenu, Rosey Yunus ketika ditemui pada majlis sambutan kehadiran para konvoi BTNS di Kampung Lajong Kuala Niah malam tadi berkata, usaha BTNS ini harus dicontohi kerana ia melahirkan rasa cinta dan menjaga keamanan negara.


SAGUHATI... Rosey Yunus menerima saguhati daripada peserta Konvoi BTN Sabah.

Katanya, melalui konvoi ini masyarakat di sini juga sangat bermakna terutamanya dalam semangat perpaduan yang ditunjukkan oleh rakyat Sabah dengan Sarawak yang berjiran dapat bertukar-tukar pengetahuan dan pengalaman masing-masing.


Kehadiran para konvoi ke kawasan yang agak terperincir ke Kampung Lajong Kuala Niah ini juga menunjukkan mereka ingin melihat dengan nyata terbuktinya masyarakat di sini sudah menerima pembangunan dan kemajuan daripada kerajaan Barisan Nasional.


Pembangunan dan kemajuan di sini memang banyak membawa perubahan kepada penduduknya berbanding pada masa lampau yang langsung tidak mempunyai jalan raya apatah lagi kemudahan asas, jelasnya.


“Sejak menjadi wakil rakyat di DUN Bekenu ini, memang banyak perubahan dan peruntukkan telah disalurkan ke kawasan ini melalui kerajaan negeri dan persekutuan, semua pembangunan ini adalah hasil daripada kesungguhan penduduk sendiri dan saya cuma menjalankan tugas diamanah penduduk untuk menjayakan permohonan pembangunan mereka”.


“Pernah seketika pada awal tahun 2010 tersiar akhbar tempatan berbahasa Melayu tentang masyarakat di sini masih mundur tidak menerima pembangunan dan kemajuan daripada pihak kerajaan dan bahawa berita itu tidak benar yang mahu memburukkan kelemahan BN Sarawak”, tambahnya.


APA KHABAR..... Datok Ibrahim Saat bertanya khabar bersama penduduk kampung sambil diperhatikan oleh Rosey Yunus.

Terdahulu, Ketua Pengarah BTNS Datuk Ibrahim Saat ketika berucap ringkas berkata bahawa rombongan konvoi mereka ini ialah mahukan perkembangan semangat perpaduan berterusan antara Sabah dan Sarawak dalam menyambutan Kemerdekaan Malaysia ke 53 tahun.


Katanya, konvoi ini telah bermula pada 23 Ogos di Sabah hingga ke Daerah Lundu (Sarawak) dan jadual tiba di Lundu ialah pada 28 Ogos, dalam perjalanan kami ini pasti memperolehi yang terbaik akan kita jadikan contoh di Sabah nanti.


JAMUAN.... Peserta dihidang dengan pelbagai jenis makanan ala kampung yang tidak diduga oleh peserta BTN Sabah.

Rombongan kami ini terdiri daripada pelbagai agensi kerajaan Sabah iaitu seramai 102 peserta dengan menggunakan sejumlah 30 kenderaan dari Sabah.


Sebenarnya kami mempunyai 150 peserta dan 40 kenderaan tetapi malangnya terdapat segelintir kenderaan peserta telah mengalami masalah di Negara jiran Sabah dan Sarawak iaitu Brunei Darulsalam, jelasnya.


“Apa yang penting di kawasan luar bandar dan kampung terpencir di sini adalah satu cara terbaik iaitu berkerjasama dengan BN dan teruskan semangat perpaduan setiap lapisan masyarakat”.


“Seperti di Sabah hanya Barisan Nasional yang mampu membela nasib dan membawa pembangunan serta kemajuan rakyat, di Sarawak juga bahawa BN sahaja mampu bela nasib rakyat”, tambahnya.


TUMPANG SEKALI...Rakan Media yang tumpang sekaki ketika berada di Kampung Lajong Kuala Niah bersama Rosey Yunus dan rombongannya.

Diharapkan satu hari nanti bahawa penduduk Sarawak juga akan berkunjung berkonvoi ke Sabah supaya semangat perpaduan kejiranan kita mampu membawa Malaysia lebih membangunan pada masa akan datang, katanya lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan