Ahad, 22 Ogos 2010

SUMBANGAN….Ahmad Lai Bujang (lima kanan) menyampaikan sumbangan kepada Kaunselor Jamali Basri sambil diperhatikan oleh Rosey Yunus dan penduduk Kampung Kuala Sibuti pada malam tadi.

PERSEKOLAHAN ANAK PENTING : AHMAD LAI

UTUSAN SIBUTI - Pembelajaran anak-anak tidak boleh diabaikan kerana mereka merupakan generasi pelapis membawa negara lebih membangun pada masa depan, kata Ahli Parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang.

Ahmad Lai Bujang yang ditemui di Majlis Berbuka Puasa dan Terawih di Kampung Kuala Sibuti dan Kampung Kelulit malam tadi berkata, anak-anak kita yang masih berada di bangku sekolah harus diberi titikberat dari setiap sudut hingga mereka berjaya memijak kaki ke menara gading.

Katanya, pihak kerajaan telah banyak memberi kemudahan di sekolah-sekolah rendah dan menengah, maka ibubapa dan guru memberi perhatian menyuruh supaya anak-anak kita tidak ketinggalan bagi mencapai keputusan setiap peperiksaan dengan cemerlang.

Justeru, kerjasama dan sokongan kedua-dua belah pihak ialah pengajar dan ibubapa amat diperlukan dalam pemantauan terhadap anak-anak dar semasa ke semasa bagi mereka tidak terpengaruh dan terjebak dengan gejala sosial tidak sihat, jelasnya.


Ahmad Lai turut menasihati agar anak-anak kawasan luar bandar supaya giatkan diri dengan aktiviti sosial sihat bagi menjamin berdaya saing dengan mereka di bandar sekali gus membawa kerjayaan masing-masing di masa depan.


Bersama dengan majlis berbuka puasa, Ahli Parlimen Sibuti juga telah menyampaikan geran peruntukan MRP sejumpah RM3,000 kepada Pengerusi Koperasi Kampung Kuala Sibtui Kaunselor Jamali Basri.


Sumbangan MRP itu adalah sebagai memberi galakkan kepada anak-anak ahli koperasi yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR, PMR, SMP dan STPM tahun 2009 lepas.


Terdahulu, Kaunselor Jamali Basri yang ditemui turut merakamkan terima kasih kepada Ahli Parlimen Sibutin telah menyumbangkan galakkan sejumlah RM3,000 yang memberi sokongan kepada anak-anak masyarakat luar bandar akan lebih berjaya kelak.


Turut hadir pada majlis ini ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (Bekenu) Rosey Yunus dan Timbalan Residen Miri, Abdul Aziz Mohamad Yusof dan penduduk setempat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan