Ahad, 22 Ogos 2010

RASMI… Ahmad Lai menyampaikan sijil penyertaan kepada salah seorang peserta ramaja yang aktif dalam Rakan Muda Bekenu. Turut kelihatan ialah Daniel Batin (kanan).

UTUSAN SIBUTI - Golongan muda dan belia kawasan luar bandar diseru lebih aktif dalam pelbagai program majukan diri kerana golongan ini merupakan bakal menjadi seorang pemimpin, kata Ahli Parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang.

Ahmad Lai berkata, tiap-tiap kawasan parlimen sedia dan berusaha untuk melatih rakyat yang berbilang kaum terutamanya kepada golongan muda supaya mempunyai pelbagi ilmu pengetahuan.

“Ilmu pengetahuan ini bukan sahaja kita boleh perolehi semasa di bangku sekolah, malahan ilmu ini boleh kita perolehi di mana-mana sahaja, asal kita mempunyai kemahuan untuk memajukan diri”.

“Jika kamu pandai, pandai lah kamu, jika tidak mahu berusaha berjaya maka kamu akan menerima ketinggalan daripada apa yang sedang berlaku dari semasa ke semasa”, jelasnya ketika ditemui pada Majlis Penutupan Bengkel Rekacipta Laman Blog Dan Pelancaran Pusat Siber Rakan Muda P.218 Sibuti petang tadi.

Katanya, Kementerian Belia dan Sukan Malasyia telah mewujudkan Pusat Kegiatan Rakan Muda (Pusat Siber) kawasan Parlimen di Malaysia. Dan di Bahagian Miri Pusat Siber terletak di Pekan Marudi (P.220 Baram), Tudan (P.219 Miri) dan Pekan Bekenu (P.218 Sibuti).

Objektif pusat siber ini bertujuan menarik minat golongan remaja meningkatkan pengetahuan dan kepentingan penggunaan computer. Selain itu kesamarataan golongan remaja yang celik IT di semua peringkat akar Umbi.

Dengan adanya pusat sedemikian, kementerian berharap golongan remaja dapat mengambil peluang dengan kemudahan ini untuk mendapatkan maklumat yang berfaedah dan ia juga sebagai pusat kegiatan dan perbincangan golongan remaja dalam melaksana program-program rakan muda, tambahnya.

Turut hadir pada majlis ini ialah Ketua Pejabat Belia dan Sukan (Miri) Daniel Batin, Kaunselor Jamali Basri, Pegawai Pelajaran Subis Alu Muddin, Penghulu Sadi dan kakitangan Pusat Siber Miri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan