Ahad, 29 Ogos 2010

MERDEKA…. Rosey Yunus (tengah) memukul gong tanda perasmian Majlis Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-53 di SK Rh Essau yang dahulu merupakan sebuah sekolah yang jauh dari pusat bandar.

Kestabilan politik bawa pembangunan dan kemajuan


UTUSAN SIBUTI - Kestabilan politik Barisan Nasional (BN) Sarawak bersama puncuk kepimpinan Ketua Menteri Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud telah pembawa pembangunan dan kemajuan yang tidak diduga oleh masyarakat luar bandar amnya.


Kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.61 Bekenu, Rosey Yunus ketika berucap di Majlis Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-53 anjuran Persatuan Ibubapa dan Guru Sekolah Kebangsaan Rumah Essau Tiris pagi tadi.


Rosey, pembangunan dan kemerdekaan perlu disyukuri dan dihayati oleh semua lapisan masyarakat.


Pembangunan dan kemajuan penduduk luar bandar yang dinikmati kita sekarang adalah hasil perjuangan pemimpin masa lampau yang turut diwarisi terus menerus oleh pemimpin dan kerajaan sekarang perlu dijaga untuk mencapai kemajuan di tahap lebih menjamin masa depan.


Oleh itu, rakyat perlu bersyukur kerana ianya adalah nikmat sebenar kemerdekaan yang diperjuangkan, maka dengan ini rakyat harus menjaga negeri kita dengan sebaik-baiknya melalui kestabilan poltik, tambahnya.


“Kestabilan politik Sarawak bersama kemerdekaan negara membolehkan kerajaan mengatur semua hal-ehwal negara mengikuti aspirasi dan cita-cita rakyat”.


“Pada hari kemerdekaan ini, setiap individu rakyat mesti mengambil peluang merenung dan bertanya kepada diri, bagaimana menggunakan keupayaan, kekuatan, kebijaksanaan kita demi kejayan bersama”, jelasnya lagi.


Turut hadir bersama pada majis ini ialah Yang Dipertua PIBG SK Rumah Essau Ngelambong Gajah, Kaunselor Sulaiman Ahmad, Tr. Enteri Blawan, Ketua Aktiviti Wanita Bekenu Niah Normah Ali dan guru besar SK Rh Essau Sebastian Budol Denden serta penduduk setempat.


Pada majlis ini, Rosey Yunus telah menyampaikan sumbangan RM3,000 kepada PIBG SK Rh Essau dan RM5,000 kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung untuk memperluaskan aktiviti masing-masing.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan