Ripin Lamat Turun Padang
Di Kawasan Lambir
UTUSAN SIBUTI - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.62 Lambir Ripin Lamat berusaha membantu rakyat kawasannya dalam mengatasi masalah saliran dan banjir di beberapa kampung di sini.
Demikian kata ADUN Lambir Ripin Lamat yang dihubungi Utusan Sibuti hari ini mengenai perkhidmatan selaku wakil rakyat buat pertama kali selepas memenangi kerusi DUN Lambir tempoh hari.
“Saya akan merujuk masalah tersebut kepada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan akan memastikan mereka mengkaji dan seterusnya mengatasi masalah saliran di kampung-kampung di Lambir ini,” jelasnya.
Pelan bersifat jangka panjang penting agar kawasan kampung tidak terus berdepan masalah sama pada masa depan, tambahnya yang berharap JPS akan mempercepatkan kerja-kerja membina parit banjir di kampung terbabit.
Utusan Sibuti turut dipahamkan bahawa kawasan terbabit bukan hanya mengalami masalah banjir malah jalan masuk utama kampung itu juga rosak dan berlubang yang harus mendapat perhatian kerajaan demi kepentingan rakyat terbela.
Katanya, apa yang pasti bahawa perancangan yang disampaikan oleh manta ADUN Lambir Datuk Aidan Wing akan tetap diteruskan kerana ia merupakan perancangan yang dilakukan oleh Datuk Aidan bersama masyarakat kawasan Lambir.
Dan, yang penting masyarakat Lambir harus sentiasa memberi kerjasama kepada kerajaan supaya setiap perancangan akan mudah sampai ke kawasan, tambanhnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan