Peribumi Bela Buaya Kekenyangan
Pengundi Cina Umpama Susu Dibalas Tuba
UTUSAN SIBUTI – Keputusan pilihan raya DUN
Dan, sikap para pengundi Cina yang majoriti menyokong Parti DAPpada pilihan raya negeri Sabtu lepas diibaratkan Pertubuhan Pribumi Perkasa Sarawak (PERKASA) umpama “susu dibalas tuba” apabila kerajaan Barisan Nasional (BN) bertolak ansur berhubung hak Bumiputera terutama dalam perniagaan.
Yang Dipertua pertubuhan tersebut, Abang Abdul Nasser Abang Hadari memberi contoh, baru-baru ini kerajaan telah menarik balik Peruntukan Pengecualian (Liquidated Acertained Damages) khusus untuk kontraktor Bumiputera yang telah dimansuhkan.
Nampaknya majoriti pengundi kaum Cina hanya memperalatkan pemimpin-pemimpin BN mereka untuk mengambil kesempatan terhadap keikhlasan kerajaan asalkan mereka dapat menuntuk hak kesamarataan dengan kaum Bumiputera.
Padahal jelas dan terbukti kaum Cina telah menolak BN dan Gagasan 1Malaysia yang diilhamkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi pilihan raya negeri ke-10,” katanya dalam kenyataan yang dipetik menerusi sebuah blog.
Justeru, beliau mendesak agar mengembalikan hak dan peruntukan keistimewaan Bumiputera mengikut Perlembagaan
Abdul Nasser berkata lagi, DAP wajar dipersalahkan dan dipertanggungjawabkan oleh kaum Cina jika Bumiputera menentang semua tuntutan mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan