
Ahmad : Guru dan Ibubapa
penyuntik kejayaan kepada anak
UTUSAN SIBUTI - Para guru dan ibubapa pelajar diingatkan supaya sentiasa bekerjasama dalam menjayakan setiap aktiviti sekolah sebagai penyuntik semangat kepada anak-anak yang merupakan seorang insan pelapis negara.
Demikian kata Ahli Parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang ketika berucap di majlis perasmian Kejohanan Olahraga Tahunan Kelima Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bekenu di Jalan Bungai pagi tadi.
Katanya, kerjasama dan sokongan kepada setiap aktiviti sekolah antara guru dan ibubapa adalah penting kerana melalui persefahaman kedua belah pihak ini akan mampu melahirkan pelajar itu bertanggungjawab selepas mereka tamat dari alam persekolahan kelak.
Selain daripada itu, ia juga sebagai pemangkin dalam melahirkan generasi perpaduan dan akan mempunyai modal insan yang akan membawa pembangunan pada masa akan datang.
“Dalam kejohanan olahraga hari ini, pelajar yang terlibat bukan hanya untuk bertanding tetapi yang penting ialah untuk mendapat kecergasan dan kesihatan tubuh badan.
“Seseorang pelajar mempunyai kecergasan dan kesihatan terjamin ia mampu melahirkan minda terbuka yang banyak kelebihan kepada pelajar terutamanya mampu menilai sesuatu yang terbaik, kejayaan diri dan pembangunan negara tanpa henti”, jelasnya.
Pada majlis ini, Ahmad Lai Bujang turut menyumbangkan peruntukan kecil luar bandar (MRP) sejumlah RM3,000 sebagai pergiatkan lagi aktiviti SMK Bekenu dan membuat perninjauan persekitaran sekolah tersebut demi menjamin keselesaan pelajar mencari ilmu.
Turut hadir pada majlis ini ialah wakil Pegawai Pelajaran Daerah Subis Andra Salleh dan Penolong Kanan SMK Bekenu Rahayu Deli dan ketua-ketua kaum serta masyarakat setempat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan