Isnin, 19 Mac 2012


PESTA BEKENU 2012…. Sungai Sibuti, lokasi inilah yang akan mendapat tumpuan daripada orang ramai dan peserta yang merebut gelaran Raja Udang Bekenu 2012 pada March depan

PESTA BEKENU 2012 
SASAR 10,000 pengunjung

PESTA Bekenu 2012  yang menyediakan ribuan hadiah wang tunai anjuran Pejabat Wakil Rakyat Ahli Dewan Undangan Bekenu (N.61 Bekenu) dan ANTBIZS NETWORK yang dijadualkan berlangsung pada 24 dan 25 March depan dijangka mampu menarik 10 ribu pengunjung ke sini kelak.

Pengerusi penganjuran bersama Adam Abdul Malik  ketika ditemui selepas sesi mesyuarat pertama di Majlis Daerah Subis (MDS) hari ini berkata, acara utama Pesta Bekenu 2012 ini  ialah mencari gelaran Raja Udang Bekenu 2012 iaitu pada 25 March nanti.


Katanya, pertandingan mancing udang ini dibahagikan kepada dua kategori iaitu Jom Lepak Remaja dan Raja Udang Bekenu yang masing-masingnya diadakan di Sungai Sibuti, kedua-dua kategori ini adalah diadakan secara terbuka kepada sesiapa yang berminat.

Tarikh pertandingan memancing kategori Jom Lepak Remaja (12 hingga 21 tahun) ialah pada 24 March dan kategori Raja udang Bekenu ialah pada 25 March. Tarikh tutup penyertaan ialah jam 5 petang pada 23 March depan.

Borang pertandingan ini boleh didapati daripada pihak penganjur ANTBIZS NETWORK (Miri) dalam masa terdekat ini dan Kaunselor Sulaiman Ahmad di Lot 4, Gerai Perniagaan Persatuan Bumiputera Sarawak (Bekenu).


Hadiah-hadiah kategori Raja Udang Bekenu ini ialah johan akan menerima hadiah wang tunai bernilai RM1200, tempat kedua (RM800), ketiga (RM600), keempat (RM300), kelima (RM200), keenam (RM100), ketujuh dan kelapan (RM60) dan kesempilan dan kesepuluh (RM50) serta masing-masing menerima piala, hamper dan T-Shirt.

Hadiah-hadiah di kategori Jom Lepak Remaja ini ialah johan akan menerima hadiah wang tunai bernilai RM300, tempat kedua (RM200), ketiga (RM100), keempat (RM80), kelima (RM60), keenam (RM40), ketujuh hingga kesepuluh (RM30) serta masing-masing menerima piala dan hamper.

Setiap peserta yang menyertai kedua-dua kategori pertandingan memancing udang ini akan diberi tiket cabutan bertuah yang akan memenangi oleh sepuluh peserta yang bertuah dan bernasib baik.

Selain daripada pertandingan memancing, turut diadakan ialah pertandingan mewarna khas kanak-kanak berusia 6 hingga 9 tahun dan 10 hingga 12 tahun. Hadiah pertandingan di kedua-dua kategori ini  berupakan wang tunai, johan RM100 dan piala, kedua (RM80, piala), ketiga (RM50, piala). Tempat keempat hingga kesepuluh menerima hamper.

Pertandingan memasak, Johan menerima wang tunai RM200 bersama hamper, kedua (RM150, hamper), ketiga (RM100, hamper), keempat (RM80) dan kelima (RM50). Pertandingan bermukun, johan menerima hadiah wang tunai RM200 dan piala, kedua (RM150, piala) dan ketiga (RM100, piala).

Majlis perasmian ini akan dilaksanakan oleh Menteri Muda Pendidikan Awal Kanak-kanak dan Pembangunan Keluarga Rosey Yunus. Turut disangka hadir pada Pesta Bekenu ini ialah Ahli Parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan