TURUN PADANG…. Datuk Sylvester
Entri bersama penduduk Rh Assam mengadakan pantauan bersama melihat jalan baru
sepanjang 2.5 kilometer yang bernilai
RM500 ribu.
Datuk Sylvester - Beberapa projek tidak
setanding nilai peruntukan
MENTERI Muda Kemudahan Awam (Bekalan Air) dan Pertanian (Pertubuhan Peladang) Datuk
Sylvester Entri Muran tidak memuaskan terhadap perlaksanaan beberapa projek
kawasan luar bandar yang dijalankan tidak berbaloi dengan nilai diperuntukkan
oleh kerajaan.
Datuk
Sylvester Entri yang ketika ditemui (18/3/2012) di Majlis Randau Rakyat Bersama
Pemimpin di Rumah Panjang Assam Menggong, Sungai Pedana Asam Paya Hilir Baram
hari ini berkata, terdapat beberapa projek yang disalurkan oleh kerajaan ke
kawasan luar bandar sangat kurang memuaskan.
Katanya,
dalam pemantauan bersama penduduk Rumah Panjang Panjang Assam Menggong, Sungai Pedana
Asam Paya Hilir Baram untuk melihat projek jalan baru sepanjang 2.5 kilometer yang
bernilai RM500 ribu rata-rata penduduk kurang puas hati kerana tidak sepadan
dengan nilai diperuntukkan.
“Dalam
perkara ini, saya sendiri akan menemui Pegawai Daerah Marudi untuk mengetahui dan
mendengar penjelasan bagaimana kerja memperbaiki jalan berkenaan boleh dibuat baik
lagi untuk tidak menimbulkan perasaan
kurang senang terhadap perlaksanaannya.
“Walau
pun kurang memuaskan terhadap projek jalan tersebut, rakyat juga harus
bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan kerana kawasan ini dulu tidak
disangkakan telah memperolehi jalan raya untuk ke Bandaraya Miri,” jelasnya.
Datuk
Sylvester yang merangkap Ahli Dewan
Undangan Negeri N.66 Marudi menambah jeti bernilai RM80 ribu yang telah siap juga
telah banyak memberi kemudahan kepada penduduk di sini sebagai pengkalan menunggu ekpress ke Miri
dank e Marudi.
Selain
daripda itu, jeti ini juga meberi kemudahan kepada pendudukan rumah panjang ini
mudah untuk menjalankan aktiviti nelayan kecil mencari rezeki di sekitar Sungai
Baram ini.
RASMI… Datuk Sylvester memotong
reben di Majlis Perasmian Jeti Baru Rh Assam yang telah siap dan boleh
digunakkan sepenuhnya, sambil diperhatikan oleh Tr. Assam (kiri) dan Tr. Mikal
(kanan).
Katanya,
peruntukkan projek pembinaan jeti bukan sahaja di Rumah Panjang Assam Menggong
sahaja, malah kerajaan juga telah memperuntukkan nilai RM80 ribu kepada Rumah
Panjang Muna untuk projek jeti ini.
“Saya
akan mengadakan pemantauan bersama pegawai kerajaan ke Rumah MikalSungai Putat
untuk melihat projek bernilai RM100 ribu yang belum dijalankan sehingga hari
ini,” jelasnya.
Justeru
itu, juga dinasihatkan kepada para kontraktor yang telah ditawarka sesuatu
projek haruslah menjalankan kerja perlaksanaan projek berkenaan mengikuti
arahan sepenuhnya sebagai mana yang tercatit dalam projek itu.
Bagi
mencapai kemudahan asas adalah perlu rakyat teruskan memberi kerjasama dan
sokongan sepenuhnya kepada kerajaan dan pihak kontraktor yang melakukan kerja pembangunan supaya
setiap permohonan akan mudah sampai ke kawasan masing-masing, katanya lagi.
Pada
majlis Randau Rakyat Bersama Pemimpin tersebut, Datuk Sylvester Entri turut
melancarkan Unit Pertubuhan Belia Kebangsaan Sarawak (Saberkas) Pengalayan yang
dipengerusikan oleh Thomas Lingtung.
Unit
Saberkas Pengelayan juga turut diperuntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) RM10
untuk menjalankan aktiviti dan kegiatan Saberkas di kawasan Pengelayan yang
juga akan turut sertai perjumpaan Saberkas Cawangan Marudi yang dijadualkan
berlangsung di Marudi pada 7 April depan.
Saberkas
Cawangan Marudi kini mempunyai enam unit iaitu Unit Saberkas Pekan Marudi,
Pengelayan, Nabor, Beluru, Teruking dan Jengan.
Turut
hadir bersama di Majlis Randau ini ialah Tr. Assam, Penghulu Enggah, Penghulu
Ela, Pengerusi Saberkas Unit Pengelayan Thomas Lingtung dan tuai-tuai rumah
yang berdekatan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan