TAHNIAH… Datuk Sylvester Entri memotong
riben tanda rasminya sudah perlaksanaan projek jalan yang sepanjang 4 kilomter
di Rumah Panjang Sungai Entulang, Bakong.
Sylvester : Rh Panjang Sg Entulang bertuah perolehi projek jalan
RUMAH Panjang Sungai Entulang (Bakong) yang mempunyai tiga blok rumah panjang sangat
bertuah kerana telah diperuntukkan projek jalan dengan kos RM2.5 juta dan
jumlah ini masih belum cukup laig, kita juga telah memohon untuk ditambahkan
sejumlah RM680 ribu tujuan yang sama.
Disebabkan
ini, jangan dengar berita dan fitnah daripada pihak tidak bertanggungjawab yang
mahu memecahbelah perpaduan masyarakat, tidak ada yang lain daripada Kerajaan
Barisan Nasional (BN) yang mampu membela nasib rakyat di pedalaman Sarawak.
Menteri Muda
Kemudahan Awam (Bekalan Air) dan Pertanian (Pertubuhan Peladang) Datuk
Sylvester Entri Muran berkata demikian pada majlis perasmian Projek Jalan
Kampung Sungai Entulang (Bakong, Baram) petang semalam.
Katanya, rakyat
rumah panjang harus bersyukur kerana banyak perubahan telah dilakukan oleh
kerajaan BN dan usaha pembangunan ini adalah merupakan dasar kerajaan yang
sangat peka terhadap keperluan rakyat di kawasan pedalaman.
Rakyat di
tiga buah di Rumah Panjang Sungai Entulang telah mendapat projek jalan
sepanjang 4 kilometer dengan nilai keseluruhan yang dilaksanakan oleh Jabatan
Kerja raya ialah RM2.5 juta dan jumlah itu masih belum cukup bahawa akan
ditambah nilai RM680 ribu kelak.
“Pada tahun
2010, sejumlah RM2.15 juta telah diperlukkan dan telah dilaksanakan untuk
pembenaan jalan raya bertar ke 12 rumah-rumah panjang kawasan Marudi (Baram).
“Pada tahun
2011, sejumlah RM4.366 juta juga telah diperuntukkan untuk tujuan yang sama
buat jalan dan naik taraf jalan raya di 20 rumah-rumah panjang kawsan Marudi
ini, dan jumlah itu masih belum cukup lagi kerana masih banyak jalan perlu
dibuat,” jelasnya.
RASMI… Datuk Sylvester Enteri menurunkan
tandatangan sebagai perasmian terhadap penubuhan SABERKAS Unist Nabor di Rumah
Panjang Sungai Entulang, Bakong.
Datuk Sylvester yang merangkap Ahli Dewan
Undangan Negeri (N.66 Marudi) menambah, sehubungan dngan itu bahawa penubuhan
SABERKAS (Belia Bersatu kebangsaan Sarawak) Unit Nabor yang dipengerusikan oleh
Kaunselor Eda Igar sangat baik dalam erti kata ia membawa pelbagai pendedahan
kepada belia kawasan Nabor ini.
Objektif penubuhan SABERKAS di sini juga
selaras dalam pendedahan pembangunan kepada belia yang berusia bawah 39 tahun
ke 19 tahun. Pendedehan ini juga mengikuti pembangunan negara yang menuju ke
arah pembangunan dalam tahun 2020 dan pembangunan negeri Sarawak pada tahun
2030 kelak, jelasnya lagi.
Pada majlis
itu, Datuk Sylvester turut memperuntukkan projek kecil luar bandar (MRP)
bernilah RM10 ribu kepada enam unit SABERKAS yang terdapat di kawasan Nabor.
Turut hadir
pada majlis ini ialah Setiausaha Politik kepda Ketua Menteri iaitu Richard
Well, Pegawau Tadbir Daerah Bakong Albania Linut, Pengerusi SABERKAS Nabor
Kaunselor Eda Igar, Penghulu Sidu, Penghulu Nyadang dan ketua-ketua kaum
setempat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan