Sabtu, 17 Mac 2012


RASMI… Rosey Yunus menendang bola sebagai perlaksanaan perasmian Kejohanan Futsal Tertutup Badami 2012 di Bekenu.

Rekrut lebih ramai ahli, kukuhkan BADAMI

PERSATUAN Bakong Daliek Miri Sarawak (BADAMI) disaran rekrut lebih ramai lagi ahli persatuan BADAMI untuk memperkukuhkan kaum sendiri yang tergolong dalam kaum minoriti di Sarawak.

Menteri Muda Pendidikan Awal Kanak-kanak dan Pembangunan Keluarga Rosey Yunus berkata, kaumBADAMI tidak perlu memperkecilkan diri malah mereka (BADAMI) harus berusaha mencari suku kaum bagi memperbesarkan ahli persatuan ini.

Begitu juga dengan suku kaum minoriti yang lain juga dinasihkan terus berusaha memperbesarkan suku kaum masing-masing, jelasnya di majlis perasmian Kejohanan Futsal Tertutup BADAMI yang berlangsung di Gelanggan Majlis Daerah Subis di sini pagi tadi.

“Kaumt BADAMI yang tinggal Kampung Rambai di pekan Bekenu yang dipisahkan oleh Sungai Bekenu sangat bertuah kerana Jambatan Bekenu kini dalam perancangan pihak kerajaan untuk membina, cuma bersabar dengan terus beri kerjasama dan sokongan kepada kerajaan Barisan Nasional (BN).

“Jambatan baru sebagai penghubung pekan itu akan menjadi satu tarikan terutamanya kepada pelancong dan pencinta alam yang mampu menaikkan lagi taraf ekonomi kaum BADAMI di kawasan berkenaan,” katanya lagi.


Sebahagian pasukan yang sertai Kejohanan Futsal BADAMI 2012

Rosey Yunus yang merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri N.61 Bekenu turut menegaskan kaum wanita kawasannya untuk berkecimpung dalam urusan perniagaan menerusi kraftangan berbentuk keunikkan kebudayaan masing-masing.

Antara kraftangan unik memdapat sambutan pengunjung ke sini yang perlu diambil perhatian oleh masyarakat luar bandar ialah seperti anyaman, tenunan dan produk laut.

Selain daripada itu, BADAMI dan masyarakat setempat juga digalakkan untuk menceburi diri dalam perniagaan menyediakan masakan dan makan tradisi yang boleh menarik lebih ramai pengunjung ke sini terutamanya di hujung minggu, ujarnya .

Justeru, sangatlah dinasihatkan supaya semua kaum untuk rebut pelbagai peluang yang tersedia oleh kerajaan dalam meningkatkan lagi pendapatan seisi keluarga sebagai menjaminkan perubahan taraf hidup.
 
Terdahulu berucap Yang Dipertua BADAMI Kaunselor Sulaiman Ahamad berkata, pihaknya berterima kasih di atas peruntukkan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) RM3,000 daripada Rosey Yunus baru-baru ini.

Katanya, tujuan utama penganjuran Kejohanan Futsal Tertutup BADAMI ialah untuk merapatkan lagi perhubungan persaudaraan terutamanya golongan remaja bermasyarakat dengan kaum bapa dan ahli persatuan dari luar kawasan Bekenu.

BADAMI juga turut akan sentiasa berdiri di belakang kerajaan dan akan terus memberi sokongan penuh kepada kerajaan dalam membawa perubahan kepada Persatuan BADAMI dari semasa ke semasa, jelasnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan