ALBUM… Rosey Yunus, Ahmad Lai Bujang dan
Ripin Lamat merakamkan kenangan bersama ahli keluarga BADAMI pada Majlis Ramah
Tamah Aidiladha BADAMI 2012 di Dewan Masyarakat Bekenu.
Rosey ~ BADAMI tidak ketinggalan nikmati arus pembangunan
SIBUTI (4/11/2012) Persatuan
Bakong Dalek Miri (BADAMI) yang masyarakatnya merupakan sebuah kaum keluarga
kecil di Sarawak tidak tercicir dan ketinggalan menikmati arus pembangunan
daripada kerajaan.
Kata Menteri
Muda Pendidikan Awal Kanak-kanak dan Pembangunan Keluarga Rosey Yunus di Majlis
Ramah Tamah Aidiladha BADAMI 2012 di Dewan Masyarakat Bekenu yang mewakil Menteri
Perumahan dan Pelancongan Sarawak Datuk Amar Abang Haji Johari Tun Abang Haji
Openg pagi tadi.
Katanya,
BADAMI merupakan sebuah kaum keluarga kecil di Sarawak harus bekerja keras
menyatu padukan dan perkukuhkan rakyatnya, begitu juga teruskan hubungan erat dengan masyarakat yang berbilang kaum di
negeri ini untuk mencapai kemajuan untuk semua rakyat di sini.
“Pihak
kerajaan sangat bangga di atas kerjasama dan sokongan kepada kerajaan Barisan
Nasional sehingga kawasan-kawasan kampung masyarakat BADAMI telah menikmati
pelbagai pembangunan fizikal pada masa kini.
“Sistem
jalan raya yang telah menjalinkan kawasan kampung ke kampung antara Miri,
Bekenu, Batu Niah dengan Bekenu telah banyak memberi kesenangan masyarakat
BADAMI untuk berkunjung dalam merapatkan lagi perhubungan persaudaraan semasa
masyarakat itu sendiri,” jelasnya.
TERIMA KASIH… Rosey Yunus menerima
cenderahati daripada Kaunselor Sulaiman Ahmad sambil diperhatikan oleh Ahmad
Lai Bujang dan Ripin Lamat.
Rosey yang
merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (N.61 Bekenu) menambah, untuk mencari
ramai lagi ahli keluarga BADAMI ini, adalah perlu perbanyakkan aktiviti BADAMI
kerana secara tidak langsung ia akan dapat mengumpulkan masyarakat itu sendiri.
Selain itu,
aktiviti ini juga akan merapatkan lagi jalinan persaudaraan dengan masyarakat
lain yang mampu berganding bahu dalam pembangunan negeri Sarawak, katanya lagi.
Turut hadir
pada majlis ini ialah Ahli Parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang, ADUN Lambir Ripin
Lamat, Yang Dipertua BADAMI Kaunselor Sulaiman Ahmad dan ketua-ketua masyarakat
setempat.
Pada majlis
itu, Rosey Yunus, Ahmad Lai Bujang dan Ripin Lamat yang masing-masing telah
menyumbangkan peruntukan RM1000 kepada BADAMI untuk menjalankan aktiviti
kemasyarakatan kawasan Sibuti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan