Ahad, 4 November 2012

TAHNIAH… Belia kawasan Parlimen Sibuti berebut peluang merakamkan album kenangan bersama Ahmad Lai Bujang selepas menyambut kehadiran para konvoi bermotor dari Miri.

Ahmad Lai Bujang ~ 
Belia perlu rebut peluang maju diri

SIBUTI (4/11/2012) ~ Belia luar bandar perlu mengambil peluang membangunankan diri melalui pelbagai perkembangan kemajuan yang telah disediakan oleh kerajaan dari semasa ke semasa.

Parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang berkata demikian ketika ditemui pada Program Bah Berdudon 1Malaysia anjuran Pusat Khidmat Wakil Rakyat P.218 Sibuti yang diadakan di Kampung Tanjung Belipat di sini pagi tadi.

 Katanya, pelbagai perkembangan tersedia oleh kerajaan hendaklah diceburi dan diambil oleh masyarakat dan belia luar bandar untuk memajukan diri bersama menghadapi pelbagai cabaran ketika negara sedang dalam arus pembangunan masa ini.

Sebagai contohnya, baru-baru ini Perdana Menteri Datuk Sri Najib Tun Razak pada perbentangan Belanjawan 2013 telah mengumumkan peruntukan yang besar kepada rakyat termasuk para belia kita, jelasnya.

SILAT... Persembahan silat anak-anak kampung ketika menyambut ketika Ahli Parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang di Program Bah Berdudon 1Malaysia.

“Mengenai Program Bah Berdudon 1Malaysia ini ialah untuk memupuk semangat perpaduan dan perhubungan erat persaudaraan dikalangan masyarakat yang berbeza kaum, agama dan kebudayaan di kawasan luar bandar ini.

“Hari ini, kita telah mengadakan mini ekspo dengan membawa pelbagai agensi kerajaan ke kawasan luar bandar untuk mendengar masalah yang dihadapi oleh rakyat itu sendiri, dengan adanya usaha seperti ini telah banyak memberi kemudahan kepada rakyat memajukan permasalahan mereka,” tambahnya.

Justeru, sokongan dan kerjasama masyarakat kepada kerajaan Barisan Nasional juga harus diteruskan kerana selama ini hanya kerajaan BN yang telah banyak membawa pembangunan kampung dan rumah panjang dengan adanya sudah jalan raya, bekalan air bersih, elektrik dan sebagainya, katanya lagi.

Program ini turut mengadakan konvoi bermotor yang mendapat sambutan sebanyak 230 buah motorsikal dari Bakam ke Tanjung Belipat di sini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan