ALBUM… Rosey Yunus merankamkan kenangan bersama
masyarakat dan kanak-kanak yang menyertai Program Lan Riadah di Masjid
Ar-Rayyan, Permyjaya. ~ 16/3/2013
Program Lan Riadah
ajak belia dekati masjid
MIRI (16/3/2013) ~ Program Lan
Riadah terwujud untuk memberi kesedaran di kalangan belia remaja supaya
mendekatkan diri mereka kepada institusi masjid dan saurau kata Menteri
Pendidikan Awal Kanak-kanak dan Pembangunan Keluarga Rosey Yunus.
Program ini
juga untuk menerapkan kepentingan dalam menjaga kecergasan jasani, adi dan
rohani dengan acara bersukan yang dijalankan, katanya di Majlis Program Lan
Riadah di Masjid Ar-Rayyan, Permyjaya di sini.
Katanya,
Program Lan Riadah merupakan salah satu daripada 11 Program Inovasi Jabatan
Agama Islam Sarawak (JAIS) Berpusatkan Masjid dengan dilaksanakan oleh seluruh
bahagian dalam negeri Sarawak termasuklah.
Pada tahun
ini iaitu di Bahagian Miri, Masjid Ar-Rayyan terpilih untuk dijadikan sebagai
pusat pelaksanaan program ini dalam usaha untuk menyuburkan semangat cintakan
ibadah dalam diri bersama keluarga dan masyarakat di sekeliling kawasan
masing-masing.
Selain itu,
melalui program ini juga akan mampu meningkatkan lagi perhubungan dan eratkan
silaturrahim perasaudaraan, tambahnya.
Rosey yang
merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (N.61) Bekenu berkata, bahawa Program Lan
Riadah di sini telah melibatkan enam permainan yang dipertandingkan iaitu
street soccer, karom, dart, catur, congkak dan batu saremban.
“Program ini
diadakan di sekitar kawasan masjid (bahagian dalam dan luar masjid). Hal inisedemikian
adalah untuk mendekatkan belia remaja untuk pergi ke masjid.
“ Antara
pengisian lain dalam program ini adalah seperti ativiti kerohanian dan kerja
amal gotong-royong,” jelasnya lagi.
Justeru
itu, penganjuran daripada jawatankuasa
pengurusan masjid ini ialah bagi mengimarahkan rumah Allah S.W.T. agar
dikunjungi oleh segenap peringkat umur tidak kiralah kanak-kanak, remaja dan
warga emas. ~ Tamat ~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan