Isnin, 18 Mac 2013


KENANGAN… Ahmad Lai Bujang merankamkan kenangan bersama para belia dari Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Miri yang terlibat sertai program yang diadakan di Kampung Kuala Sibuti pada 17/3/2013.

GURU DINASIHAT TIDAK BERPOLITIK

SIBUTI ~ GURU sekolah yang terang-terang kelihatan berpolitik dan memberi sokongan kepada parti pembangkang dinasihati tidak mengulangi kesilapan mereka kerana ia boleh dikenakan disiplin oleh kementerian, kata Ahli Parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang.

Ahmad Lai ketika ditemui 17/3/2013 berkata, ada beberapa orang guru yang diketahui giat berpolitik dan berkempen dengan memburukan kerajaan sediada sangat dikesali oleh ibubapa pelajar yang mahu anak mereka maju dalam pembelajaran.

“Kita menasihati mereka (guru) supaya lebih tahu apa tugas mereka sebagai seorang guru sebab mereka telah dilatih untuk mengajar anak-anak sekolah kita menjadi bijak pandai yang bakal menjadi pemimpin negara kita di masa hadapan.

“Guru-guru sekolah bukan dilatih untuk berpolitik, jika mereka sudah berpolitik, maka jiwanya sudah tentu tidak ada dalam satu-satu kelas yang mereka ajar itu untuk mendapat berkhidmat seratus peratus memberi penuh perhatian kepada murid disebabkan sentiasa memikirkan hal politik,” jelasnya.

RASMI... Ahmad Lai Bujang ketika merasmikan Program IKBN Ke Desa di Balai Raya Kampung Kuala Sibuti.

Tambahnya, mengenai guru berpolitik dan berkempen untuk parti pembangkang bahawa  kita telah merayu kepada pihak kementerian untuk bertindak keras dengan segera memberi perhatian sepenuhnya supaya ia tidak berlarutan memburukkan kerajaan yang di pimimpin oleh Perdana Menteri datuk Sri Najib Tun razak.

Jika guru ini masih dan sangat berminat berpolitik tidak menyokong kerajaan, bahawa baiknya kita tukarkan mereka ke tempat yang jauh lagi di luar bandar supaya mereka merasa bagaimana susahnya para guru yang berada di luar bandar begitu tulus berkhidmat demi kebaikkan murid menjadi bijak pandai, jelasnya lagi.

“Harapan saya, jikalau guru itu benar mahu menjadi orang politik adalah disaran supaya memohon kebenaran daripada pihak kementerian, pengarah mereka atau berhentilah menjadi seorang guru,” tambahnya.

Sementara itu, mengenai Program Institut Kemahiran Belia Negara (IBKN) Miri di Kampung Kuala Sibuti yang dirasminya petang ini beliau berkata kaya ia adalah program terbaik dalam usaha ke arah menyatupadukan masyarakat kampung dengan para belia program itu.

Katanya, menyedari hakikat ini, pelbagai program telah dijalankan oleh kerajaan negeri dan pusat laksanakan untuk memastikan semua golongan masyarakat luar bandar dan bandar turut terlibat.

Program IKBN ke Desa 2013 ini bahawa ia mampu menyumbangkan pelbagai kesan positif kepada semua yang terlibat dan khasnya kepada belia kampung supaya mengambil segala peluang tersedia oleh kerajaan dalam membantu mewujudkan masa depan yang lebih cerah dan terjamin.

Sebagai contoh pelauang latihan kemahiran yang diwujudkan di bawah Kementerian Belia dan Sukan melalui IKBN ini, di mana terdapat pelbagai kursus kemahiran yang ditawarkan.

Peluang ini tidak harus dilepaskan kerana peluang pekerjaan mahir dan separuh mahir dalam pelbagai bidang industri amat diperlukan pada masa ini bersama SCORE di kawasan Samalaju di Bintulu, tambahnya lagi.

Turut hadir pada majlis ini ialah Pengarah IKBN Miri, Syamsul Tahrin Mohamad Tahir, Pemangku Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Kemajuan Kampung Kuala Sibuti, Haji Abdullah Haji Aman, Kaunselor Jamali Basri, Penghulu Junit Mulok dan pegawai-pegawai kerajaan tempatan.

Antara acara yang telah diadakan oleh IKBN sehari suntuk di kampung tersebut ialah pentas hiburan, kerja gotong royung membersihkan pantai, pertandingan tarik tali, memancing ikan dan pameran kaunter oleh beberapa agensi kerajaan. ~ Tamat ~


Tiada ulasan:

Catat Ulasan