Khamis, 2 Januari 2020


Elly Appeal kongsi ilmu
perbidanan dengan Sarawak

oleh : Adum Liu

DOKTOR LONDON… Antara doctor London yang terlibat Dr. Dhanuson Dharmasena , Dr. Michael Elkin, Dr. Adam Steingold, Dr. Mandeep Kaur Kaler, Sarah El Amri (Bidan), Michaela Anderson (Bidan Australia), Adela  Hamilton (Bidan), Amina Ibrahim (Bidan), Dr. Soha Sohby, Dr. Ramasan Navaratnarajah, Professor Sanjeev Krishna, Dr. Yolanda Augustin dan Dr. Nafeesa Mat Ali (berdiri kanan) ketika berada di Hospital Lawas.
 
SEKUMPULAN sepuluh pakar perubatan doktor dan bidan London terbang ke Sarawak beri kerjasama dalam perkongsian ilmu kemahiran dan kepakaran dalam bidang kesejahteraan para ibu bersalin.

Penyelaras Program St. George’s University of London, UK-Malaysia (SUMMIT), Dr. Nafeesa Mat Ali yang ditemubual Utusan Sarawak di Hospital Umum Miri baru-baru ini berkata,  doktor dan bidan antarabangsa dari East London International Women's Health Appeal (Elly Appeal) dan SUMMIT telah melakukan satu inisiatif yang sangat bermutu tinggi.

PESERTA MIRI… Salah sorang doctor ketika sedang memberi maklumat tentang program yang diadakan di Hospital Miri pada baru-baru ini.

Katanya, para doctor pakar telah menawarkan diri dengan mengambil cuti tahunan masing-masing sebagi membantu melatih dua kumpulan doktor dan bidan tempatan iaitu di Hospital Lawas dan Miri dalam berkongsi pengetahuan kolektif dan pengalaman serta pelajari ilmu di Sarawak.

Antara doktor London yang terlibat ialah Dr. Dhanuson Dharmasena , Dr. Michael Elkin, Dr. Adam Steingold, Dr. Mandeep Kaur Kaler, Sarah El Amri (Bidan), Michaela Anderson (Bidan Australia), Adela  Hamilton (Bidan), Amina Ibrahim (Bidan), Dr. Soha Sohby, Dr. Ramasan Navaratnarajah, Professor Sanjeev Krishna, Dr. Yolanda Augustin dan Dr. Nafeesa Mat Ali.

TEKNIK… Salah seorang doktor pakar menyampaikan teknik dalam perubatan.

Program pertama pada November lepas, kumpulan doktor ini telah mengadakan aktiviti kedoktoran dan kemahiran tugasan bidan di Hospital Lawas dan program kedua ialah di Hospital Umum Miri.

Katanya, kedua-dua program dan bengkel adalah sama iaitu melatih jurulatih bagi kumpulan doktor dan jururawat Sarawak sebagai diberi kuasa menyampaikan MOMS (Multidisciplinary Obstetrics & Midwifery Simulation Workshop) yang sebahagian daripada program pembinaan kapasiti berterusan.

Kedua-dua program tersebut telah disempurnakan oleh Ahli Parlimen Miri, Dr. Michael Teo Yu Keng yang menyatakan bahawa program ini sebagai langkah kerajaan untuk memberi tumpuan terhadap usaha menurunkan kadar kematian ibu semasa bersalin di negara ini.

Utusan Sarawak dipahamkan bahwa program ini termasuklah menerusi  perkonsingsian kepakaran dan kursus yang tertentu bagi menurunkan nisbah yang sedia ada.

Dr. Teo berkata, nisbah kematian ibu bersalin d Malaysia sebanyak 27 bagi setiap 100 ribu kelahiran dalam tempoh 10 tahun lalu berbanding negara lain, seperti di United Kingdom hanya 8 dalam 100 ribu kelahiran.

“Perkhidmatan kebidanan ternyata bukan satu tanggungjawab yang mudah kerana perhatian perlu diberikan kepada dua pesakit iaitu untuk ibu bersalin dan anak yang dilahirkan.

“Selain itu, para pakar perubatan telah mengambil insiatif untuk kerjasama dengan kerajaan dan para doktor di Malaysia bagi mengukuhkan kapasiti dan kesihatan global,” tambahnya lagi


Sementara itu, Dr. Yolanda Augustin berkata, program ini telah dijalankan di beberapa negera dan pertama kali dibawa khas dari London terus ke Sarawak iaitu di Miri dan Lawas baru-baru ini. 
 

Program ini nanti akan membolehkan kakitangan Hospital Miri dan Lawas dalam bidang yang berkaitan memperlajari dan meningkatkan kepakaran tertentu, yang mungkin berbeza daripada kemahiran yang sedia ada dalam usaha mengurangkan kadar kematian ibu dalam bersalin.


 Bagi program yang diadakan di Hospital Miri pada 9 November lepas seramai 112 doktor, jururawat dan jururawat komuniti dan lebih 20 pelatih turut serta menjayakan program yang julung kali diadakan di Sarawak, jelasnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan