Khamis, 2 Januari 2020


3 rumah panjang tahun demi tahun
menanti bekalan elektrik

oleh : Adum Liu

TIDAK KEMUDAHAN… Pengerusi PKSSSB Jame Stephen meninjau keadaan generator milik Tr. Gelin Langkang yang memerlukan tidak RM400 sebulan untuk minyak generator. – ADUM LIU


SEBAUH : Tahun demi tahun penduduk di tiga buah rumah panjang di Ulu Sebauh mengharapkan cahaya elektrik dapat menerangi ruai masih belum tercapai walaupun tiang elektrik telah terpacak di depan rumah sekian lama.

Penulis yang dimaklumkan oleh beberapa penduduk dari Rumah Gelin Langkang, Rumah Unji Pagan dan Rumah Jerukan kawasan Tissey berkenaan telah membuat tinjauan dan maklumat mereka ada benar.

Tr. Gelin, 44 tahun ketika ditemui di rumah panjang beliau semalam berkata, penduduk beliau sangat mengharapkan projek bekalan elektrik ke kawasan beliau tidak menjadi projek sakit..



(Gambar kiri - Tr. Gelin Langkang)
 
Katanya, projek bekalan elektrik luar bandar dengan permulaan pemasangan tiang elektrik telah bermula antara tahun 2014 dan 2015, namun sehingga kini belum ada tanda meneruskan projek tersebut.

“Saya dan penduduk di sini sangat berharap kerajaan tidak melambatkan kemudahan tersebut di kawasan luar bandar yang turut ingin menikmati bekalan elektrik seperti di kawasan lain.

“Dalam masa sebulan, kami perlukan perbelanjaan minyak generator tidak kurang daripada RM400 untuk sesebuah pintu di rumah panjang, pembelian minyak generator sangat membebankan,” jelasnya.

Justeru itu, kami mohon kerajaan jangan pandang rendah kehendak rakyat, turun padang dan pantau keadaan kawasan rumah-rumah panjang kerana tiang utama elektrik hanya terletak beberapa meter sahaja ke rumah panjang, tambahnya.

Tr. Unji Pagan, kerja pemasangan projek bekalan elektrik pada mulanya sekitar tahun 2015 sangat mengembirakan rakyat di sini, bila tahun ke tahun sehingga tahun 2020 ini tiada tanda pemasang elektrik rakyat mulai terasa hampa.

“Lihatlah pada tiang elektrik di depan rumah kami, tiang sudah dinaiki oleh rumpat, tiang ada tetapi tidak ada wayar.

“Kami masih menunggu jawaban daripada kerajaan bilakah kerja pemasangan wayar dan meter ke rumah panjang, kami tidak mahu projek ini menjadi projek sakit,” jelasnya.

(Gambar kanan - Tr. Unji Pagan)

Sementara itu, Tr. Jerukan turut bersependapat yang serupa dengan Tr. Gelin dan Tr. Unji yang mahukan bekalan elektrik luar bandar diberi perhatian sepenuh oleh kerajaan supaya tidak membazirkan wang rakyat.

Katanya, perbelanjaan minyak untuk generator sudah sekian membebankan rakyat luar bandar, jika bekalan elektrik sudah ada maka duit minyak (generator) boleh untuk belanja pembelian barang dapur.

“Rumah panjang saya, penduduk kami di sini sangat bertuah telah diperuntukan kemudahan solar melalui Kementerian Pembangunan Luar Bandar Malaysia pada beberapa tahun yang lalu.

“Pengunaan elektrik (solar) di sini sangat terhad, ia tidak dapat digunakan untuk peralatan elektrik yang berkuasa tinggi, maka itu generator terpaksa digunakan,” jelasnya.


TERUSKAN PROJEK…. Kelihatan wayar elektrik telah dipasang di Rumah Panjang Tr. Jerukan sejak beberapa tahun lalu, di sini mendapat bantuan kemudahan solar melalui Kementerian Pembangunan Luar Bandar Malaysia pada beberapa tahun yang lalu. – ADUM LIU
 
Sehubungan pembangunan luar bandar, ketiga-tiga tuai rumah panjang tersebut turut memohon kerajaan untuk membuat pemantauan terhadap bekalan air bersih luar bandar.

Penulis turut dipahamkan bahawa terdapat batang paip utama yang tidak jauh terletak di Jambatan Tissey dan dianggarkan 500 meter ke rumah Tr. Gelin yang seterusnya ke Tr. Unji dan Tr. Jerukan.

Ketiga-tiga rumah panjang ini hanya menggunakan air hujan sebagai bekalan air utama mereka, jika musim kemarau mereka terpaksa membeli air bersih ke pekan dan bandar Bintulu.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Kebajikan Sentuhan Sayangi Sebauh Bintulu (PKSSSB) Jame Stephen yang turut memantau keperluan rakyat kawasan Sebauh berkata, kerajaan tidak harus melambatkan projek bekalan elektrik kerana tiang elektrik telah kian lama dipacak depan rumah panjang.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan