Ahad, 21 Jun 2009

RAMSI...Datuk Douglas Uggah memotong reben sebagai tanda penyerahan loji air kepada penduduk kampung sambil di perhatikan oleh Haji Ahmad Lai (2 kiri) dan Rosey Yunus (2 kanan).

TELAGA...Datuk Douglas Uggah mendengar talimat proses permulaan, dari sini air dipam salur ke tangki simpanan air.

Oleh : Adum Liu
21 Jun 2009

Sumber air - Kerajaan ambil banyak langkah
secara komprehensif melalui RMK

UTUSAN SUBIS (KUALA SIBUTI – 21/6/2009) KERAJAAN mengambil banyak langkah dalam melaksanakan program kajian dan pembangunan sumber air tanah secara lebih komprehensif melalui Projek Pembangunan Rancangan Malaysia (RMK).

Demikian kata Menteri Sumber Asli Dan Alam Sekitar Malaysia Datuk Douglas Uggah Embas pada Majlis Penyerahan dan Penyerahan Loji Mini Sistem Penapisan Air Tanah Ringkas (SPATR) di Kuala Sibuti pada petang semalam.

Sehubungan itu, awal tahun ini Kerajaan Persekutuan telah memperuntukan RM1 billion projek-projek Pakej Rangsangan Khas kepada Sarawak untuk dilaksanakan dalam tahun 2009 dan 2010. Dalam tahun ini sebanyak 22 projek bekalan air alternatif telah dan akan dilaksanakan oleh Jabatan Mineral Dan Geosains Malaysia (JMG), katanya.

Kos pembinaan dan naik taraf SPATR Kampung Kuala Sibuti ini lebih kurang RM250,000 yang merangkami kerja naik taraf loji mini SPATR, penyaluran air dari loji dan pemasangan perpaipan air ke rumah-rumah.

Melalui sistem penapisan yang dibangunkan oleh JMG Sarawak, kandungan ferum ini telah dapat dikurangkan sehingga hamper sifar dan sesuai untuk dijadikan air minum mengikut piawai Kementerian Kesihatan Malaysia dan World Health Organisation (WHO)”, tambahnya.

Katanya, penduduk yang amat bertuah telah mempunyai sumber bekalan air tanah yang mencukupi yang telah diproses penapisan di mana kualiti air sinonim seperti air mineral.

Dan dengan ini beliau turut menasihatkan penduduk di sini memberi kerjasama dalam menjaga keselamatan telaga tiub dan system penapisan yang telah dibina ini daripada pencemaran atau kerosakan.

Turut hadir oleh Ahli Parlimen P.218 Haji Ahmad Lai, ADUN Bekenu, Rosey Yunus, Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri, Ripin Lamat, Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Dato’ Zoal Azha Yusof, Ketua Pengarah JMG (M), Dato’ Yunus, Abd Razak dan Pengarah JMG Sarawak, Dr Kamaludin Hassan, Kaunselor Jamali Basri dan pegawai-pegawai kanan kerajaan tempatan.