Khamis, 12 Ogos 2010

ENAK… Bubur Lambuk yang diidam-idamkan oleh masyarakat utara Sarawak, ia sangat enak dimakan ketika berbuka puasa bersama-sama ahli keluarga dan rakan-rakan pada musim Ramadan ini.

Festival bubur lambuk 15 Ogos di Kampung Bakam


UTUSAN SIBUTI - Setiap kali menjelang sambutan bulan puasa (Ramadan) sudah pasti umat Islam di sini terbayangkan keenakkan rasa bubur lambuk ini bagi mereka yang pernah menikmatinya, begitu juga yang bukan beragama Islam yang ingin juga merasainya.


Festival Bubur Lambuk dan Bubur Pedas Sarawak 2010 yang akan berlangsung di Perkampungan Masjid Bakam pada 15 Ogos ini sudah pasti akan menjadi satu kenyataan kepada masyarakat yang sudah lama keinginan untuk menikmati bubur lambuk ini.


Festival Bubur Lambuk ini adalah merupakan buat julung kali diadakan di bahagian utara Sarawak, ia adalah merupakan anjuran daripada Unit Saberkas Tanjung Selantan Kuching dan Pusat Khidmat Wakil Rakyat P.218 Sibuti. Program ini akan berlangsung pada jam 4 petang sehingga kehabisan bekalan.


SEDAP… Festival Bubur Lambuk pertama di Miri di Kampung Bakam pada 15 Ogos 2010.


Pihak penganjur juga telah membuat sasaran pengagihan sejumlah 1000 unit kontine dan orang ramai di kawasan DUN Lambir adalah dialu-alukan untuk menikmati keenakkan dan kesegaran bubur lambuk ini.


Turut hadir memeriahkan suasana sambutan festival ini nanti ialah Ahli Parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang dan Ahli Dewan Undangan Negeri (N.62 Lambir) Datuk Aidan Wing dan dijangka juga ADUN Bekenu Rosey Yunus.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan