
Ahmad Lai : Sokongan rakyat pada BN harus kekal
UTUSAN SIBUTI - Sokongan rakyat kepada Barisan Nasional (BN) harus dikekalkan demi pembangunan dan keamanan negeri
Katanya, parti pembangkang yang tidak pasti asal-usulnya adalah merupakan parti yang yang ingin memecah belah perpaduan kesejahteraan di kalangan masyarakat kita yang bilang kaum di negeri ini.
Parti Keadilan Rakyat (PKR) hanya muncul bagi meraih simpati daripada rakyat, namun tidak dapat melakukan apa-apa untuk menolong rakyat, jelasnya.
“Kehadiran pihak PKR seperti Dato Seri Anwar Ibrahim membuat ceramah atau kempen di sini adalah dinasihati supaya jangan mudah tertipu dengan kata-kata yang tidak pasti.”
“Jangan mendengar janji-janji manis yang tiada hujung pangkal. Sedangkan kerajaan Barisan Nasional sudah banyak melaksanakan pembangunan dan bantuan,” tambahnya.
Ahmad Lai turut mengingatkan rakyat terutama kaum Bumiputra memberi sokongan padu kepada kerajaan dengan mendaftar sebagai pengundi bagi membolehkan mereka bersuara. Beliau turut menyeru ahli-ahli PBB di Miri agar mengukuhkan perpaduan dan mengelakkan pertelingkahan sesama sendiri kerana ia hanya merugikan parti.
Ahli-ahli merupakan tunjang kekuatan parti, justeru kita harus beri sokongan berlandaskan semangat kekeluargaan. PBB merupaan parti tulang belakang Barisan Negeri Sarawak, justeru kita mesti bersatu hati tanpa mengira cawangan, tambahnya lagi.
Dalam pada itu, beliau mahu PBB Senadin bergerak lebih aktif untuk merekrut lebih ramai ahli khususnya di kalangan belia untuk mengukuhkan jentera parti.
Pada majlis yang sama PBB Senadin turut menyampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran di Kampung Pangkalan Lutong disamping mengedarkan borang keahlian PBB.
Hadir sama pada majlis Keluargaku Keluarga Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) anjuran Jawatankuasa PBB N.65 Senadin petang tadi ialah Ketua Cawangan PBB Senadin, Kaunselor Julaihi Mohamad dan Ketua Pemuda PBB Senadin, Mohamad Tinggal.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan