Khamis, 12 Ogos 2010

JALAN BARU… Tinjauan kerja Rosey (tudung) Yunus pada pemprosesan jalan raya di Kampung Rancah-Rancah pada pagi tadi. Turut bersama beberapa pegawai Jabatan Kerja Raya dan Kaunselor Sebastian Janting dan Sulaiman Ahmad.

Jalan baru RM22j mampu bawa
kemajuan kepada rakyat



UTUSAN SIBUTI - Jalan baru Kampung Rancah-Rancah dan Kampung Tiris menghubung Jalan Persisiran Pantai Miri/Bintulu dalam proses pembikinan sekrang akan merancakkan lagi pembangunan masyarakat kampung dan rumah panjang.

Ahli Dewan Undangan Negeri N.61 Bekenu Rosey Yunus ketika ditemui pada kerja pemantauannya di kawasan berkenaan hari ini berkata, jalan baru berkenaan telah pun lulus oleh kerajaan dan pampasan kepada pemilik tanah juga telah selesai.


Kita berharap dan menunggu jalan ini dapat siap secepat mungkin kerana tidak mempunyai sebarang masalah, jelasnya.


“Dengan mempunyai jalan baru dua hala ini sudah pasti perjalan penduduk kampung lebih selamat berbandingan dengan jalan lama yang sempit”.


“Sudah tentu juga jalan ini akan memberi pelbagai kemudahan kepada penduduk kampung yang ramai daripada mereka adalah pengusaha kebun dalam kerja menghantar dan membawa hasil kebun mereka ke pusat punggutan hasil”, tambahnya.


PETA yang menunjukkan kawasan kampung yang menikmati kemudahan jalan baru kelak.

Jalan baru Kampung Rancah-Rancah dan Tiris adala sepanjang 7.75 kilometer dengan kos peruntukkan sejumlah RM22 juta bakal menjadi kenyataan dan membawa pembangunan kepada ribuan penduduk kampung sekitar kawasan itu kelak.

Katanya, antara kampung yang terlibat menikmati kemudahan jalan itu nanti ialah Kampung Rancha-Rancah, Pepapi/Lumut (kaum Cina), Pintasan, Tunah, Masjid, Kepayang, Sebalik, Buih Buinih dan Rumah Panjang Enteri Blawan.


Kerja-kerja proses jalan baru sedang giat dijalankan, jalan ini adalah merupakan peruntukan kelulusan daripada kerajaan pusat melalui Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

Memang tidak disangka kawasan pendalaman kampung-kampung ini yang dahulunya hanya sungai sebagai penghubung utama untuk sampai ke pekan Bekenu dan kini sudah menjadi kenyataan mereka perlu dibangunkan.


Ini adalah merupakan usaha dan hasrat sebenarnya kerajaan dan Barisan Nasional untuk membela nasib rakyat supaya tidak ketinggalan demi masa depan generasi baru kelak, jelasnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan