Balai Bomba Niah RM8j
Pada RMK-10
UTUSAN SIBUTI - Cadangan projek pembinaan Balai Bomba Gred C Niah (Sepupok) dengan kos pembinaan RM8 juta telah dimasukkan ke dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK10) kata Menteri Muda Alam Sekitar dan Kesihatan Awam.
Menterinya yang juga ADUN Keneba Dr Stephen Rundi berkata, hak milik tanah untuk membina Balai Bomba Niah di tapak tanah Lot 745 Blok 15 Niah Land District (04-LCLS-028-015-00745) telah diperuntukkan kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat oleh Pesuruhjaya Tanah Persekutuan.
Katanya, tapak cadangan pembinaan Balai Bomba Niah ini adalah seluas 8.377 meter persegi itu agar ADUN Bekenu Rosey Yunus dan Ahli Parlimen Sibuti terus berusaha untuk majukan permohonan bantuan kepada pasukan sukarelawan yang terdapat di kawasan DUN Bekenu.
Mohonlah bantuan dari pelbagai aspek penting untuk pasukan sukarelawan bomba dalam bentuk peralatan dan kursus-kursus serta talimat penting, jelasnya.
ADUN (BN-SPDP) Bekenu, Rosey Yunus ketika ditemui selepas menghadiri Mesyuarat Kedua Bagi Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri Sarawak Keenambelas hari kedua hari ini berkata, beliau dan Ahli Parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang akan terus berusaha bagi memastikan projek balai bomba ini akan terbina nanti.
“Sekadar memerlukan bantuan daripada persatuan bomba sukarelawan di kawasan ini memang tidak mencukupi walaupun anggota bomba sukarelawan ini mempunyai pengalaman jika peralatannya tidak memcukupi.
Kita juga akan berusaha untuk menaik taraf perkhidmatan dan kemudahan yang lebih baik kepada pasukan sukarelawan di pekan Bekenu dan Batu Niah.”, jelasnya.
Tambahnya, tapak yang telah diperuntukan itu sangat bersesuaian yang merupakan pertengahan ke tiga lokasi iaitu, Pekan Batu Niah, Bekenu dan berdekatan beberapa rumah panjang dan kampung kawasan Suai/Niah.
Adanya sebuah balai bomba ini bukan sahaja membatu kebakaran tetapi juga mampu menyelamatkan nyawa mangsa kecelakaan jalan dengan segera dan kemusnahan harta benda rakyat juga akan terjamin oleh kerana mendapat bantuan dengan segera di kawasan Batu Niah, Niah dan Suai.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan