TERIMA KASIH…. Ahmad Lai (tiga kanan) menyampaikan MRP kepada Sakawi Suhaili bagi Lembaga Amanah Kebajikan Melayu Bekenu.
28 Pertubuhan Terima MRP
UTUSAN SIBUTI - Sebanyak 28 pertubuhan menerima geran peruntukan kecil luar bandar (MRP) daripada Ahli Parlimen Sibuti (P.218 Sibuti) Ahmad Lai Bujang pada pagi semalam.
Ahmad Lai ketika dihubungi hari ini berkata, peruntukan berkenaan adalah untuk pertubuhan dan jawatankuasa keselamatan kemajuan kampung (JKKK) menjalankan aktiviti kemasyarakatan di luar bandar.
Ia juga sebagai tanda keperihatinan kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam menyokong apa jua aktiviti pembangunan dan kemajuan kampung, rumah panjang, agensi-agensi kebajikan kemasyarakatan dan sekolah di kawasan luar bandar mahu pun di bandar jelasnya.
Sepuluh daripada 28 penerima yang dilakukan pagi tadi ialah semua diperuntukan kepada kawasan luar bandar iaitu di Bekenu dan Batu Niah, di mana sejumlah RM40 ribu telah diagihkan, tambahnya.
Antara penerima MRP yang dilaksanakan di Pejabat Pusat Khidmat Wakil Rakyat P.218 Sibuti (Bekenu) itu ialah JKKK Kampung Bulau, Surau Darul Makmur Kampung Terhad Jaya, Tanggap (Niah), Masjis Al-Mutaqquin Bekenu, Kampung Jambu, PPWS Bekenu, Kampung Kejapil, Pulau Untung (Kelulit), Majlis Gububesar Sibuti dan Simposium PIBG Subis.
Di majlis penyampaian yang berasingan petang semalam, iaitu untuk 18 penerima MRP yang dilaksanakan di Pejabat Ahli Parlimen Sibuti oleh Ahmad Lai ialah Jawatankuasa Rukun Tetangga (JKRT) Pulau Melayu, JKKK Rh Nangga Jella, AJK Bengkel CPS Tabika Kemas Zon 2 Bekenu, JKRT Taman Bumiko, Persatuan Peniaga Bumiputera Miri Sarawak, PIBG SMK Agama Miri, Persatuan Bulan Sabit Merah Miri, Badan Kebajikan Islam Miri, Persatuan Melayu Miri, Persatuan Penyayang Kanak Kanak Istimewa, Kelab Sukan Mountain Bike Borneo, JKKK Rh Linggie Belaja, Jawatankuasa Induk Perayaan Islam Daerah Miri, Persatuan Bola sepak Miri, PIBG SK Agama Miri, Lembaga Amanah Kebajikan Melayu Bekenu, Majlis Pengakap Daerah Piasau dan Surau Abu Bakar As-Siddiq, Senadin.
Tambahnya, kepada mana-mana pertubuhan di atas dan yang telah menerima MRP hendaklah menggunakan MRP ini dengan cara yang baik baik memberi manfaat yang harus dikongsikan bersama rakyat masing-masing demi kebaikkan bersama.
Bagi mana-mana pertubuhan kampung dan rumah panjang kawasan P.218 Sibuti yang masih belum menerima MRP hendaklah bersabar kerana masih terdapat beberapa buah kampung dan rumah panjang, sekolah serta badan kebajikkan kemasyarakatan belum mendapat MRP, jelasnya.
Justeru, bagi menjayakan dan merancakkan pembangunan dan kemajuan di kawasan luar bandar masyarakat harus terus memberi sokongan kerjasama dengan kerajaan BN, setakat ini hanya BN yang benar-benar mampu menjamin memberi pembangunan kepada rakyat. Sejumlah RM 80 ribu telah diagihkan kepada 18 pertubuhan, jelasnya lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan