Rabu, 20 April 2011



TERIMA KASIH… Ripin Lamat (empat kanan) ketika bertemu dan mengucapkan terima kasih kepada rakyat luar bandar yang telah memberi sokongan pada pilihan raya lepas.


Rakyat Lambir akan terus

mendapat perhatian kerajaan


UTUSAN SIBUTI - Masyarakat kawasan Dewan Undangan Negeri (N.62) Lambir akan terus mendapat perhatian kerajaan supaya tidak ada yang tercici dalam arus pembangunan yang berkonsep gagasan 1Malaysia.


Setiap yang telah dirancangkan dan dalam proses yang dijalankan oleh mantan ADUN Lambir Datuk Aidan Wing akan diteruskan demi kesejahteraan rakyat di sini, kata ADUN Lambir Ripin Lamat ketika ditemui di Pejabat Parti Pesaka Bumiputera (PBB) Lambir hari ini.


“Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakyat kawasan ini yang telah memberi sokongan kepada parti Barisan Nasional telah bekerja keras dalam mempertahankan kerusi DUN Lambir pada pilihan raya baru-baru ini.


“Masyarakat di sini juga diharapkan supaya terus memberi kerjamasa dan sokongan kepada kerajaan BN bagi memudahkan kerja-kerja penyampaian keperluan yang ingin dinikmati oleh rakyat sendiri”, jelasnya.


Katanya, untuk memulakan perkhidmatan sebagai wakil rakyat di kawasan DUN Lambir ini nanti adalah yang utama akan dilakukan ialah melawat, memantau dan mendengar masalah serta keperluan rakyat.


Pada pilihan raya baru-baru ini, Ripin Lamat dari PBB di tiket BN telah ditentang oleh dua parti pembangkang iaitu Zolhaidah Suboh (PKR) dan Johari Buang (SNAP), di mana Ripin Lamat telah memperolehi sebanyak 4,625 undi, PKR (3,104) dan SNAP (693) dengan majority 1,521 undi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan