Gambar rakam Festival Jazz Borneo Ke-14 pada 19 Julai 2019 di Coco Cabana Miri
***Kumpulan Fox Capture Plan (FCP) Rock Jazz Jepun ketika
membuat persembahan pertama di Festival Jazz Borneo (FJB) Ke-14 pada 19 hingga
21 Julai berjaya memukau peminat FJB di Coco Cabana Miri. Mereka berjaya rai
Anugerah Jazz Japan dan dimainkan di pelbagai festival seperti Tokyo Jazz
Festival, Fuji Rock Festival, Blue Note Tokyo dan Summer Sonic.
***SEMALAMI ALUNAN… Wajah seni Jepun Hidehiro Kawai (Double
Bass) dan Tsukasa Inoue (Drum) bergabung dalam menyelami alunan muzik Jazz
Jepun yang memukau peminat Festival Jazz Borneo semalam.

***TERPESONA…. Para peminat ketika dibuai kedamaian muzik
jazz dan terpesona ketika menyaksikan persembahan daripada beberapa kumpulan
band luar negara pada Festival Jazz Borneo di Coco Cabana malam semalam.
***WARNA WARNI…. Persembahan daripada salah sebuah kumpulan
yang mantap yang dirakam dari tingkat atas ini menyaksikan orang ramai
berkunjung ke Festival Jazz Borneo Ke-14 di Coco Bacana malam semalam.
***HEBAT… Persembahan oleh Joe Balanjiu Jr yang merupakan
penyanyi, penulis lagu dan pelakon dari Sino-Kadazan dan keturunan Filipina-Sepanyol
yang tinggal di Kota Kinabalu turut tidak ketinggalan untuk sertai Festical
Jazz Borneo semalam.
***ORANG KITA… Clinton Jerome Chua (Miri Sarawak), penerima
anugerah ‘Juara dan Persembahan Terbaik’ pada Pertandingan JBL Rising Star
turut membuat persembahan terbaiknya di Festival Jazz Borneo di sini semalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan