RAMSI… Datuk Lee Kim Shin memukul gong sebagai majlis perasmian Festival Jazz Borneo sambal diperhatikan oleh Evelyn Hii dan Angelina Bateman di Coco Cabana di sini semalam.
FJB tingkat kesedaran alam sekitar
21 Julai 2019 [Adum Liu] ~ Festival Jazz Borneo ke-14 yang bermula 19 hingga 21 Julai sebagai landasan untuk meningkatkan kesedaran pentingnya melindungi alam sekitar untuk pelancongan, kata Menteri Muda Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Lee Kim Shin di Coco Cabana semalam.
Katanya,
Uniknya, festival kali ini menampilkan empat inisiatif baharu iaitu No Plastic
Campaign dengan kerjasama Majlis Bandaraya Miri (MBM), bengkel reka bentuk
kreatif 'Upcylce Plastic' anjuran Fakulti Seni dan Rekacipta Universiti
Institut Teknologi Mara (UiTM).
Sehubungan
itu, ia juga melaksanakan pelancongan bertanggungjawab semasa festival dengan
menggalakkan penonton tidak menggunakan plastik dan meningkatkan kesedaran
pengurusan sisa buangan semasa festival dan acara mesra keluarga.
“Antara yang
menarik di sini ialah banyak minuman dan makanan dijual di gerai-gerai semasa
festival.
"Justeru
saya nasihatkan penonton agar membawa botol minuman sendiri kerana terdapat
kemudahan water dispenser di Coco Cabana," katanya.
Acara
tahunan kali yang dikendalikan berskala besar mensasarkan pengunjung seramai
4,000 orang.
Festival
kali ini menampilkan lebih 20 artis luar negara antaranya dari Shanghai, Jepun,
Amerika Syarikat, Belanda, Itali, Mexico, Brunei dan Malaysia termasuk artis
tempatan.
Festival
berkenaan turut mendapat liputan meluas sekitar 50 media dari Jerman, Jepun,
Indonesia, India, United Kingdom, blogger, pemuzik dan media tempatan.
Lee turut
mengalu-alukan kedatangan artis dan penonton dari negara jiran seperti Brunei
dan Indonesia yang menyaksikan festival tersebut.
Borneo Jazz
adalah milik sepenuhnya Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) dan kali ini
dianjurkan syarikat pengurus acara No Black Tie dengan kerjasama Kementerian
Kementerian Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak.
Hadir sama
semasa sidang media Pengarah Festival dan Pengasas No Black Tie, Evelyn Hii dan
Pengarah Acara dan Hubungan Korporat Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) Angelina
Bateman serta tetamu lain.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan