Sabtu, 4 September 2010

KENANGAN… Rosey Yunus (duduk enam kiri) merakamkan kenangan bersama pihak penganjur dan penerma sumbangan di Masjid Al-Mutaqqui di sini malam tadi.

Bersadu masalah di saluran yang betul


UTUSAN SIBUTI - Jangan kerna seekor nyamuk kelambu dibakar, bersadulah kepada saluran yang betul dengan pihak kerajaan jika terdapat masalah kawasan masing-masing, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bekenu.


ADUN Bekenu, Rosey Yunus ketika ditemui selepas merasmikan Majlis Penyampaian Sumbangan dan Berbuka Puasa di Masjid Al- Mutaqqin di sini berkata, kerajaan telah membuat banyak perancangan dalam meningkatkan lagi taraf hidup rakyat dari semasa ke semasa.


“Kebijaksaan masyarakat dalam penentuan perkembangan taraf hidup masing-masing adalah sangat diperlukan kerana semua perancangan kerajaan negeri dan persekutuan adalah satu tujuan membela nasib rakyat”.

“Masyarakat dinasihati agar peka dan ambil peluang yang telah disalurkan oleh kerajaan, jangan termakan janji pihak pembangkang kerana mereka (pembangkang) datang untuk memecah belah perpaduan masyarakat yang ingin mencuri simpati ketika pilihan raya”, jelasnya.


Beliau turut menasihati masyarakat supaya tidak tertipu dengan bantuan kecil yang hanya datang sekali ketika menjelang pilihan raya.


Katanya, bantuan kerajaan adalah yang menyeluruh di setiap negeri dan masyarakatnya serta banyak pembangunan di pelusok negeri kita juga turut mendapat manfaat dari segi pembangunan kemudahan asas.


Justeru, sokongan dan kerjasama masyarakat kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) adalah perlu kekalkan kerana hanya kerajaan dan BN sahaja mampu membela nasib rakyat dan masa depan rakyat juga, tambahnya.


Turut hadir pada majlis anjuran Jabatan Hal Ehwal Khas Sarawak (JASA Miri) ialah pegawai JASA, Lukanisman Awang Sauni, Penghulu Saban dan rakyat setempat di kawasan Bekenu.


Pada majlis tersebut seramai 30 ibu tunggal telah menerima bantuan sumbangan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri yang akan menjelma beberapa hari lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan