Sabtu, 4 September 2010


Kaunselor Jamali (duduk tiga kanan) bersama ahli jawatankuasa mesyuarat yang ditemui di Pejabat Pusat Khidmat Wakil Rakyat P.218 Sibuti pada pagi tadi.


PPB BEKENU & Pusat Khidmat Wakil Rakyat Sibuti

adakan Ramah Tamah Aidilfitri 2010


UTUSAN SIBUTI - Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan N.61 Bekenu dan Pusat Khidmat Wakil Rakyat P.218 Sibuti akan mengadakan Majlis Ramah Tamah Rumah Terbuka semperna sambutan Hari Raya Aidilfitri 2010 di Bekenu dan Batu Niah.


Pengerusi mesyauarat Kaunselor Jamali Basri ketika ditemui selepas mengadakan mesyuarat di Pejabat Pusat Khidmat Wakil Rakyat P.218 Sibuti berkata, tarikh diadakan adalah belum kita tetapkan dan yang pastinya kita akan menganjurkan majlis ini.



Katanya, Majlis Ramah Tamah Aidilfitri ini ialah merupakan satu aktiviti tahunan dan bagi memeriahkan lagi suasana sambutan Hari Raya Aidilfitri 2010 di kawasan Parlimen P.218 Sibuti yang mempunyai dua Dewan Undangan Negeri N.61 Bekenu dan N.62 Lambir.


Pada tahun ini, kita juga telah bercadang untuk mengadakan di Pekan Batu Niah kerana ramai masyarakat Islam dan bukan Islam telah menyuarakan supaya majlis seumpama ini diadakan di Batu Niah, jelasnya.


Tahun ini, kita menyediakan tempahan pelbagai juadah kuih, makanan, minuman dan buah-buahan untuk 2000 pengunjung ke majlis ini.


Tahun lepas 2009, majlis seumpama ini mendapat kehadiran yang luar dugaan di mana hampir 2000 pengunjung berbilang kaum dari bandaraya Miri, Batu Niah, Niah dan Bakong telah hadir menikmati juadah di sini, jelasnya.


Tujuan utama majlis ini ialah untuk mengeratkan lagi perhubungan situlrahim persaudaraan dikalangan masyarakat Islam dan bukan Islam di sekitar kawasan Parlimen Sibuti dan Miri.


Selain itu, ia juga sebagai usaha memperkenalkan aktiviti yang dijalankan oleh Pejabat Pusat Khidmat Wakil Rakyat P.218 Sibuti ini kepada umum, datanglah ke pejabat ini jika mempunyai sesuatu masalah dan sampaikanlah masalah kawasan masing-masing pada saluran yang betul, tambahnya lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan