Sabtu, 4 September 2010

REZAKI RAMADAN… Rosey Yunus (tengah) ketika berbuka puasa bersama penduduk Kampung Tanjung Belipat Batu Niah pada malam tadi.

PENTINGNYA KERJASAMA BERPASUKAN


Kerjasama berpasukan dan semangat bersatu padu senjata pembangunan dan memajuan kepada sesebuah kampung, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Bekenu) Rosey Yunus.


Rosey Yunus yang ditemui selepas tarawih bersama penduduk Kampung Tanjung Belipat di sini malam tadi berkata, usaha kerjasama penduduk di sini harus dicontohi kerana melalui inisiatif sendiri telah berjaya memilik sebuah penjana elektrik kegunaan surau mereka.


Katanya, tidak hairanlah kalau kampung ini mempunyai pelbagai kemudahan awam, ini adalah usaha mereka ingin pembangunan di kawasan mereka melalui permohonan bantuan daripada kerajaan dan inisiatif yang aktif dikalangan penduduk sendiri.


Bagi mencapai pembangunan, yang utamanya ialah teruskan berkerjasama dan beri sokongan kepada kerajaan dari pelbagai segi, kerjasama dan sokongan ini penting kepada generasi masa depan kelak, jelasnya.


Rosey Yunus turut meluluskan geran projek kecil luar bandar (MRP) sejumlah RM5000 untuk kegunaan pihak surau dan peralatan memandi mayat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan