Isnin, 23 Mei 2011

Kampung Taee adakan
sambutan Gawai 31 Mei


UTUSAN SIBUTI (Serian), Ahli Jawatankuasa Biro Kebudayaan Kampung Taee sambutan Gawai Taee 2011 pada 31 Mei ini bermula jam 7.30 malam di Baleq Gambang Bukar, Taee Serian sini.

Majlis itu akan diadakan pertandingan akhir Kumang Gawai dengan 12 peserta terdiri daripada gadis-gadis jelita Bidayuh di mana pemenang tempat pertama menerima wang tunai berjumlah RM250 dan selempang, tempat kedua (RM200), ketiga (RM150) manakala sembilan orang pemenang sagu hati masing-masing menerima RM50.

Selain itu, Kumang Gawai, orang ramai akan dihiburkan dengan persembahan kebudayaan oleh masyarakat Bidayuh, Iban dan Orang Ulu serta persembahan nyanyian oleh kumpulan pemuzik tempatan yang juga bertujuan mempromosikan budaya masyarakat Bidayuh.

Pada 1 Jun depan turut akan diadakan acara perarakan kebudayaan Kampung Taee Bermudas jam 1.30 petang. Sepanjang perarakan tersebut, peserta akan memakai pakaian tradisional mereka diiringi muzik traditional.

Orang ramai khususnya masyarakat luar dijemput untuk menghadiri acara perarakan tersebut untuk melihat dan mempelajari lebih dekat budaya masyarakat Bidayuh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan