Khamis, 17 September 2009

TERIMA KASIH…Ketua Menteri Sarawak, Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud menyampaikan cek RM50,000 daripada Kerajaan Negeri Sarawak untuk Lembaga Amanah Kebajikan Islam Niah. Turut kelihatan ialah Tuan Haji Ahmad Lai Bujang (kiri), Datuk Daud Abdul Rahman (3 kiri), Datuk Amar Abang Zohari Openg, Rosey Yunus dan Aidan Wing.

Parlimen P.218 Punya 3 Bandar Baru Dalam Tempoh 10 Tahun

UTUSAN SUBIS (14/9/2009) – Kawasan Parlimen P.218 Sibuti dalam tempoh sepuluh tahun lagi akan mempunyai tiga bandar baru di Bekenu, Batu Niah dan Niah serta satu di Nyalau iaitu bersempadan dengan P.217 Bintulu dan P.218 Sibuti.

Demikian kata Ketua Menteri Sarawak, Yang Amat Berhormat Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud pada Majlis Perasmian Masjid Al-Jabbar (Masjid Baru Daerah Kecil Niah) pada 13 September 2009.

Katanya, dengan kejayaan terbinanya sudah sebuah masjid besar lagi indah di kawasan luar bandar di Niah ini adalah merupakan satu perubahan pembangunan dalam menempuhi gelombang kedua politik di negeri Sarawak.

"Sebuah bandar baru di Nyalau nanti amat sesuai dengan mengikut arus pembangunan ekonomi negara yang tertubuhnya sebuah pusat industri iaitu SCORE juga akan memberi banyak peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.

Kewujudan SCORE dalam paras gelombang kedua politik ini akan meningkatkan lagi pendapatan negara sebanyak lima kali ganda iaitu pada tahun 2030 nanti. Jangan takut cabaran ini, kerana pada tahun 1981 saya balik ke Sarawak dan masa itu ekonomi kita secara purata hanya RM5,000 sahaja dan sehingga kini 2009 sudah pun melebihi RM30,000 dan ini melebihi 5 kali ganda”, jelasnya.

Katanya, sekarang kemudahan jalan raya juga telah diperhebatkan iaitu sepanjang 18,000 kilometer ditambah dan memberi banyak kesenangan yang mampu membawa pembangunan dan kemajuan kepada masyarakat di kawasan luar bandar.

Selain daripada itu, dalam dua setengah tahun yang lalu bahawa kerajaan juga telah bermesyuarat merancang untuk penyambungan jalur HIFI ke kawasan luar bandar supaya anak-anak dan generasi baru dapat berkomunikasi dengan dunia luar melalui internet yang semakin maju pada masa sekarang, ini juga merupakan satu perubahan dalam usaha pembangunan dan kemajuan kepada masyarakat luar bandar kelak, tambahnya.

Turut hadir pada majlis itu ialah Ahli Parlimen P.218 Sibuti Tuan Haji Ahmad Lai Bujang, Menteri Perumahan Sarawak Datuk Amar Haji Abdul Rahman Zohari Tun Abang Haji Openg, Menteri Muda Di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam) dan Menteri Muda Pembangunan Perindustrian (Penggalakan dan Pembangunan Estet-Estet Perindustri) Datuk Haji Daud Abdul Rahman, Pengerusi Jawatankuasa Pembinaan Masjid Baru Niah (ADUN N.62 Lambir) Aidan Wing, Adun N.61 Bekenu Rosey Yunus, Adun N.60 Kemena Dr Stephen Rundi ak Utom, Adun N.23 Lingga Hajah Semoi bt Peri, Yang DiPertua Majlis Islam Sarawak Datuk Haji Putit Matzen, Pengarah JAIS Sarawak Datu Misnu dan ketua-ketua kampung dan rumah panjang yang berbilang kaum.
TERIMA KASIH...Tahniah kepada umat Islam Niah kerana sudah mempunyai sebuah masjid baru yang tersergam indah dan terima kasih kepada penderma-penderma yang ikhlas.


Rakyat Sibuti bertuah punya
pemimpin berjiawa rakyat

UTUSAN SUBIS (14/9/2009) – Rakyat kawasan Sibuti sangat bertuah dengan komitmen yang diberi oleh seorang pemimpin berjiwa rakyat iaitu Ketua Menteri Sarawak, Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud di mana politik pembangunan yang diilhamnya menjadi kenyataan.

Demikian kata Ahli Parlimen P.218 Sibuti, Tuan Haji Ahmad Lai Bujang yang turut hadir dan berucap pada majlis Perasmian Majlid Baru Niah yang disempurnakan oleh Ketua Menteri Sarawak pada 13 September 2009.

Katanya, sekarang kita menempuhi gelombang kedua politik pembangunan yang akan membawa pembangunan yang lebih pesat di kawasan-kawasan luar bandar.

“Rakyat di kawasan Sibuti amnya dan penduduk Niah khasnya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ketua Menteri Sarawak kerana impian umat Islam di kawasan Niah telah tercapai walaupun kami telah merancangkan begitu lama untuk mengadakan Masjid Baru Niah ini lebih kurang sembilan tahun yang lalu.

Pada hari ini kita melihat Masjid Baru Niah tersergam indah dan siap untuk digunakan oleh umat Islam, terima kasih kepada Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam) Sarawak, Datuk Haji Daud Abdul Rahman dan Adun N.62 Lambir Aidan Wing selaku Pengerusi Jawatankuasa Pembinaan Masjid Baru Niah yang dibantu oleh Adun N.62 Rosey Yunus yang berkerja keras mencari dana dan galakkan“, tambahnya.

Beliau juga merakamkan ribuan terima kasih kepada masyarakat setempat dan luar serta penderma-penderma yang ikhlas bukan Islam telah memberi kejayaan kepada kita hingga menjadi kenyataan yang Masjid Baru Niah sudah pun siap sepenuhnya.

Tuan Haji Ahmad Lai Bujang turut gembira dengan melihat kehadiran para mahasiswa-mahasiswi dari Universiti Malaysia Pahang seramai 34 orang dan diiringi oleh dua pensyarah dalam lawatan sambil belajar ke Bintulu Sarawak turut hadir meriahkan suasana majlis perasmian ini.

Kehadiran mereka yang datang dari berlainan negeri di semenanjung ini adalah sebar sedikit akan mencerita pengalaman lawatan mereka terutamanya dalam arena politik di Sarawak yang melihat kemesraan Ketua Menteri Sarawak dengan rakyatnya mampu seiring sejalan dalam membangunkan masyarakat di Sarawak.
TAHNIA DAN SYAHBAS...mungkin ini yang dibisek oleh Ketua Menteri Sarawak Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud kepada ADUN N.62 Lambir sambil diperhatikan oleh Datuk Daud Abdul Rahman (kanan) dan Datuk Amar Abang Zohari Openg (kiri).


KM: YB Aidan harus dicontohi oleh masyarakat bukan Islam


UTUSAN SUBIS (14/9/2009) – Yang Berhormat Aidan Wing beragama kristian dan merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan N.62 Lambir perlu dicontohi oleh masyarakat bukan Islam kerana beliau telah berjaya bersama masyarakat Islam kawasan Niah bercadang membuat masjid dan kini telah pun siap dibina.

Demikian pujian Ketua Menteri Sarawak, Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud pada Majlis Perasmian Masjid Al-Jabbar Niah di sini pada 13 September 2009.

Katanya, cadangan membuat masjid ini dahulu adalah semasa Aidan Wing menjadi wakil rakyat di kawasan N.55 Lambir sebelum ia dipecah kepada N.61 Bekenu dan N. 62 Lambir.

“Ini telah mengambarkan dan menunjukkan bahawa Yang Berhormat Aidan Wing telah duhulu menjalankan tugasnya berkonsep 1 Malaysia seperti mana yang dikatakan oleh Perdana Menteri Malaysia Datuk Sri Najib Tun Razak mengenai konsep 1 Malaysia.

Tahniah dan syahbas kepada Pengerusi Jawatankuasa Pembinaan Masjid Baru Niah, Yang Berhormat Aidan Wing kerana kesungguhannya membina masjid kini menjadi kenyatakan, masjid yang amat indah seluas 6.28 ekar dan kos pembinaan 4 juta sudah pun berjaya dalam tugasnya“, tambahnya.

Katanya, dengan adanya sudah masjid ini, semoga jalinan kemasyarakatan dan perpaduan berkonsep 1 Malaysia dapat terjalin lebih erat lagi di antara islam dan kristian, kristian dan islam, islam dan buddish dan semua kaum yang ada di Sarawak.

Tahniah juga kepada Jawatankuasa Pembinaan Masjid Baru Niah iaitu Penasihat Datuk Haji Daud Abdul Rahman (Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam), Tuan Haji Ahmad Lai Bujang (Ahli Parlimen P.218 Sibuti), Timbalan Pengerusi Rosey Yunus (Adun Bekenu), Setiausaha Kr. Anuar Haji Ahmad, Bendahari Penghulu Adenan Salleh dan ahli-ahli jawatankuasanya.
KENANGAN...Mahasiswa dan mahasiswi dari Universiti Malaysia Pahang juga turut tidak melepaskan peluang untuk merakamkan kenangan di Pentas Perasmian Masjib Al-Jabbar Niah.

UM Pahang turut meriahkan majlis perasmian dan berbuka puasa

UTUSAN SUBIS (13/9/2009) – Ketua rombongan lawatan sambil belajar mahasiswa-mahasiswi dari Universiti Malaysia (UM) Pahang, Cik Aneth Athea Bt Mat Som berasa gembira melihat masyarakat berbilang kaum dan agama serta darjat mampu duduk bersama yang berkonsep 1 Malaysia.

Katanya, lawatan sambil belajar yang selama 6 hari yang bermula di Bintulu telah mengadakan lawatan ke empat kawasan perindustrian di Bintulu dan hari ini (13 September 2009) telah diberi peluang untuk hadir ke Majlis Perasmian Masjid Baru Niah dan terus berbuka puasa di sini.

“Kami yang hadir menjalan lawatan sambil belajar ini terdapat 34 peserta dan dua pensyarah telah mengiring kami, dua pensyarah ini ialah Encik Zairi Baharom dan Encik Basirul adalah ditanggung oleh pihak Universiti Malaysia Pahang.

Pada esok (14 September 2009) kami akan mengadakan lawatan belajar kami ke Sesco Bahagian Miri dan Borcos Bhd Miri“, jelasnya.

Kesemua mereka yang terlibat dalam lawatan sambil belajar ini ialah Pelajar Fakulti Kejuruteraan Mekanikal Tahun 2, 3 dan 4.

Ahad, 13 September 2009

PENERANGAN...Tuan Haji Ahmad Lai Bujang (Tengah) cuba mendapat maklumat daripada dua adik beradik yang yatim pada majlis berbuka puasa di Kampung Hunai baru-baru ini.


P.218 Sibuti giat kumpul maklumat dan data golongan perlu bantuan


UTUSAN SUBIS (13/9/2009) – Pejabat Pusat Khidmat Wakil Rakyat P.218 Sibuti kini giat berusaha bersama Persatuan Penyayang Anak Yatim P.218 Sibuti mengumpul data maklumat yang memerlukan bantuan.


Tinjauan Utusan Subis yang sentiasa mengikuti program Ahli Parlimen P.218 Sibuti Tuan Haji Ahmad Lai Bujang bahawa mereka sedang bergiat merekodkan mana-mana pihak yang perlu diberi perhatian sepenuhnya.


Antara fail-fail yang telah dilaksanakan oleh pihak P.218 Sibuti ialah Pembangunan Kemudahan Asas Kampung-kampung dan Rumah-rumah Panjang, Ibu tunggal dan anak-anak yatim.


Data-data sedemikian adalah adalah perlu ada dan membolehkan pihak kerajaan membantu mencari mekanisme dan ikhtiar yang dapat membantu mencorak masa depan terutamanya anak-anak yatim dan orang kurang upaya (OKU) agar mereka berjaya dan senang dalam hidup.

UNTUK MU...Tuan Haji Ahmad Lai Bujang menyampaikan duit raya kepada beberapa ibu tunggal bagi meringankan bebanan yang di tanggung masa sambutan Hari Raya Aidilfitri kelak, penyampaian ini ialah pada majlis berbuka puasa di Kampung Hunai baru-baru ini.

Turut dipahamkan bahawa pihak P.218 Sibuti juga mendapat kerjasama yang memuaskan daripada ketua-ketua kaum dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung di P.218 Sibuti kerana ingin melihat nasib rakyat terbela.


Setiausaha Persatuan Penyayang Anak Yatim P.218 Sibuti, Cik Laila Abdul Pata ketika ditemui bersama rombongan Masjli Berbuka Puasa ke setiap kampung P.218 Sibuti bahawa mereka telah menjalankan kerja merekod dan mencari data OKU di kawasan pendalaman dan luar bandar.


“Kita telah pun memperolehi begitu ramai OKU di kawasan pendalam dan luar bandar tidak mendaftarkan diri kepada pihak berwajib dan inilah masanya kita berbakti sepenuhnya dalam kerja seumpama ini kepada golongan yang tidak bernasib baik ini.

KURANG SIHAT...Tuan Haji Ahmad Lai Bujang walaupun kurang sihat tetap juga turun padang bernuka puasa dan sembayang taraweh bersama penduduk di Kampung Kejapil baru-baru ini.

Kita juga mendapati bahawa setiap kampung dan rumah panjang di kawasan P.218 Sibuti mempunyai begitu ramai OKU dan anak-anak yatim, kita juga amat berasa sedih melihat mereka yang tidak berupaya dengan sempurnanya dalam kehidupan mereka”, tambahnya.


Utusan Subis juga mendapati bahawa setakat ini Persatuan Penyayang Anak Yatim dan OKU telah memperolehi melebihi 100 golongan perlu bantuan, dalam masa yang masa mencari maklumat dalam bulan puasa ini iaitu Tuan Haji Ahmad Lai Bujang telah menghulurkan bantuan kewangan persendirian kepada yang memerlukan ia juga termaksuk kepada mereka bukan islam.

MESRA...Jabu (tengah) berbual-bual dengan salah seorang tuai rumah kawasan Suai selepas majlis perasmi, turut kelihatan di situ ialah Adun Lambir, Aidan Wing dan Pengerusi PTRKS.


JABU : Tempoh Sepuluh Tahun Penduduk Luar Bandar Mampu Nikmati Pelbagai Kemudahan Asas


UTUSAN SUBIS (13/9/2009) – Tempoh sepuluh tahun akan datang satu perubahan kepada rakyat di luar bandar bahawa mereka akan menikmati pelbagai pembangunan kemudahan asas, kata Timbalan Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang.


Berucap di Majlis Perasmian Persatuan Tuai Rumah Kawasan Suai, Miri di Pangkalan Lubang (Batu Niah) beliau berkata, usaha untuk menjayakan perubahan ini, kita akan mengarahkan semua Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri supaya memberi kerjasama dalam mengumpul data yang diperlukan di kawasan masing-masing untuk mencapai matlamat Wawasan 2020.


“Semua data yang telah diperolehi daripada Ahli Parlimen dan ADUN nanti, kita akan serah kepada Ketua Menteri Sarawak Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) iaitu kepada Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (Malaysia) Datuk Seri Shafie Apdal.


Penyerahkan kepada Ketua Menteri Sarawak dan KKLW ini nanti akan mempercepatkan perlaksanaan yang ditunggu-tunggu oleh rakyat luar bandar”, jelasnya.

KENANGAN....Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu (duduk tiga kiri) merakamkan kenangan bersama Persatuan Tuai Rumah Kawasan Suia, Miri selepas majlis perasmian.


Katanya, oleh yang demikian rakyat harus pantai berpikir dan memilih hala tuju yang mampu membawa pembangunan kepada rakyat sendiri. Jika rakyat salah pilih mengikuti jejak di Pulau Pinang (Pembangkang), maka sudah tentu rakyat sendiri yang rugi kerana pembangkang cuma tahu bercakap sahaja.


Jabu yang juga Menteri Pembangunan Luar Bandar menyeru Tuai-tuai Rumah Panjang dan Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) supaya lebih agresif bertanggungjawab penuh membantu kerajaan menyalurkan maklumat mengenai projek pembangunan di kawasan mereka.


Turut hadir pada majlis ini ialah ADUN N.60 Kemena, Dr Stephen Rundi, Aidan Wing (ADUN N.62 Lambir), wakil P.218 Sibuti, wakil Adun N.61 Bekenu, Pengerusi Persatuan Tuai Rumah Kawasan Suai dan kakitangan kerajaan serta ketua masyarakat Sibuti, Niah dan Suai.


Pada majlis berkenaan bahawa Jabu telah mengumumkan geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) berjumlah RM10,000 kepada PTRKS, Adun Kemenan Dr Stephen Rudndi dan Adun Lambir juga masing-masing memberi peruntukkan MRP RM5,000 untuk persatuan berkenaan menjalankan aktiviti mereka.

TERIMA KASIH SUDI DATANG...Tr Boniface Bada (kiri) menyampaikan cenderahati kepada Timbalan Ketua Menteri Sarawa, Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Ak Numpang pada Majlis Perasmian Persatuan Tuai Rumah Kawasan Suai Miri.

Boniface Bada : PTRKS bertujuan memberi sokongan kepada kerjaan dan kemajuan rakyat

UTUSAN SUBIS (13/9/2009) – Penubuhan Persatuan Tuai Rumah Kawasan Suai, Miri ini sangat diperlukan dalam usaha memberi sokongan, kerjasama kepada Kerajaan dan pembangunan kemajuan kepada penduduk luar bandar.

Demikian kata, Pengerusi Persatuan Tuai Rumah Kawasan Suai, Miri (PTRKS) Tr. Boniface Bada ak Enjah di majlis perasmian yang dirasmikan oleh Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Ak Numpang di Taman Negara Niah Pangkalan Lobang pada 12 September 2009.

“Terdapat tujuh tujuan utama untuk pernubuhan persatu ini, pertama ialah untuk melahirkan tuai rumah yang dinamik, produktif, berkertampilan dan bertanggungjawab dalam menjalankan tugas kepada agama, bangsa dan negara.


Kedua, memupuk semangat perpaduan dan bekerjasama dengan lebih erat di antara ahli serta menjaga kebajikan ahli-ahli. Ketiga, menggembleng tenaga dan bermuafakat dalam menyelesaikan masalah rakyat/komuniti. Keempat, sebagai pemudah cara dan perantaraan dakam merapatkan hubungan di antara kerajaan dan rakyat.


Kelima, memberi Khidmat, bantuan dan menyampaikan informasi tentang peluang pendidikan kepada masyarakat selaras dengan hasrat negara di samping melahirkan modal insan yang cemerlang dan terbilang. Keenam, membina ruang untuk menyuarakan pendapat dan masalah dalam memimpin masyarakat kepada pihak yang berwajib. Ketujuh ialah mengekal dan memelihara adat istiadat, adat resam, budaya dan seni”. Jelasnya.


Katanya, PTRKS ini terdiri daripada 47 orang ahli dari 58 Tuai-tuai Rumah yang terdapat di kawasan Suai di bawah pentadbiran Pejabat Daerah Miri dan ditadbir di Pejabat Daerah Kecil Niah, Sepupok. Dari segi kawasan pilihanraya kawasan Suai adalah daripada Parlimen Bintulu iaitu 44 orang ahli dari Dun Kemena dan 14 orang ahli dari Dun Kidurong.

Untuk Mu...Tr Boniface Bada (kiri) menyampaikan cenderahati kepada Adun Kemena Dr Stephen Rundi di majils berkenaan.

PTRKS ini juga telah didaftar dan diluluskan oleh Pejabat Wakil Pendaftar pada 29 Jun 2009 lepas selepas Persatuan Tuai Rumah Kawasan Sibuti dan PTRKS (Suai) ini adalah bahawa Adun N.60 Kemena Dr Stephen Rundi Ak Utom merupakan Penaung dan Penasihat pula kita telah melantik Temenggong Wilson Atong Ak Limping.


Hadir pada masjis ini ialah Timbalan Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Ak Numpang, ADUN Kemena Dr Stephen Rundi, Adun Lambir Aidan Wing, wakil P.218 Sibuti dan Residen Bahagian Miri Dr Ngenang Jangu dan tuai-tuai rumah kawasan P.218 Sibuti.

Sabtu, 12 September 2009

Pusat Khidmat Wakil Rakyat P.218 Sibuti
Dengan Sukacitanya

Menjemput Semua Masyarakat
Kawasan P.218 Sibuti Hadir Ke

Majlis Perasmian Masjid Baru
Sepupok Niah

Pada : 13 Sepetember 2009

Jam : 4.00 Petang


Majlis Perasmian Ini Dirasmikan Oleh :

Ketua Menteri Sarawak

YAB Pehin Sri Haji Abdul Taib Mamud

Rabu, 2 September 2009

TERIMA KASIH... Hajah Dayang Lily Datu Abang Indeh (kiri - Isteri YB Tuan Haji Ahmad Lai Bujang) menyampaikan sumbangan ihsan kepada salah seorang penduduk Kampung Rancha-Rancha Bekenu pada 31 Ogos 2009.

TERIMA KASIH... YB Tuan Haji Ahmad Lai Bujang (2 kiri) menyampaikan sumbangan ihsan kepada salah seorang penduduk Kampung Rancha-Rancha Bekenu pada 31 Ogos 2009.


Ratus masyarakat P.218 Sibuti terima

sumbangan ihsan dari AP Sibuti


UTUSAN SUBIS (2 September 2009) – Terdapat ratusan masyarakat tua muda di Kawasan Parlimen P.218 Sibuti telah menerima wang ihsan dan bungkus kuih-muih sumbangan daripada Yang Berhormat Tuan Haji Ahmad Lai Bujang bersama isterinya Hajah Dayang Lily Datu Abang Indeh dalam bulan Ramadan ini.


Utusan Subis dan kakitangan Pusat Khidmat Wakil Rakyat P.218 Sibuti yang telah mengikuti Program Berbuka Puasa dan Sembayang Teraweh di beberapa kampung di P.218 menanti rata-rata penduduk bergitu gembira kerana mempunyai seorang wakil rakyat islam yang sudi melawati mereka.


Antara kampung yang telah dilawat pada program YB Tuan Haji Ahmad Lai ialah Kampung Dagang, Ranchan-rancha Sepurau, Subak, Keluruh, Kejapil dan masih terdapat banyak lagi yang akan disusuli nanti.


Sering turut hadir bersama rombongan YB Tuan Haji Ahmad Lai Bujang dan isterinya pada program ini ialah Timbalan Pengerusi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) N.61 Bekenu Kaunselor Jamali Basri, Kaunselor Ahmad Anuar, Kaunselor Yussof Bujang, Kaunselor Razak Joni, Kaunselor Arabi Dawet, Puan Hajaj Halimah Bakar dan ahli-ahli parti berkenaan.
TERIMA KASIH...YB Tuan Haji Ahmad Lai Bujang menyampaikan rebet kepada salah seorang penduduk kampung di kawasan P.218 Sibuti.


TUNGGU GILIRAN...Para penduduk kampung sedang menunggu giliran masing-masing di Pejabat Daerah Kecil Sibuti.


YB Tuan Haji Ahmad Lai Bujang:

REBET RINGANKAN BEBAN RAKYAT



UTUSAN SUBIS (2 September 2009) – Seramai 184 pengguna enjin sangkut moto bot yang berbeza kuasa kuda di kawasan Bekenu menerima bantuan subsidi minyak (rebet) daripada Kerajaan Persekutuan di sini pada 1 September 2009 lepas.


Majlis penyampaian subsidi berkenaan telah dilaksanakan oleh YB Tuan Haji Ahmad Lai Bujang di Pejabat Kecil Daerah Sibuti adalah penyerahan untuk fasa pertama dan masih terdapat ramai lagi akan menerima pada fasa kedua pada satu tarikh yang belum diketahui.


Bercakap pada majlis itu, Tuan Haji Ahmad Lai berkata bahawa bantuan subsidi ini ialah bagi meringankan beban para pengguna enjin sangkut moto bot ketika minyak naik tahun lepas.


Beliau juga berharap mereka yang telah menerima bantuan rebet minyak berkenaan supaya digunakan sebaik mungkin kerana ini salah satu daripada keperihatinan kerajaan kepada masyarakat kita.


Bantuan subsidi minyak ini dibahagian kepada tiga kategori iaitu enjin sangkut yang 10 kuasa kuda (kk-ke bawah) akan menerima RM350, 20kk ke bawah (RM500) dan 40kk ke bawah RM705 untuk sesebuah enjen mereka.


Tinjauan Utusan Subis di Pejabat Daerah Kecil Sibuti juga mendapati bahawa Pejabat berkenaan telah dibanjiri ratusan pengguna enjin sangkut untuk mengenal pasti mereka mendapat bantuan subsidi berkenaan.

LAWATAN...YB Tuan Haji Ahmad Lai Bujang ketika mengadakan lawatan ke Pejabat Pertanian Kecil Bekenu, bersama beliau ialah Penguasa Pertanian Bekenu, Termizi Alwi dan Pegawai JASA, Lukanisma.


YB Tuan Haji Ahmad Lai juga mengadakan lawatan mengejut ke Jabatan Pertanian Kecil Bekenu untuk mengetahui perkembangan bantuan ihsan mengenai kemusnahan hasil tanaman dan ternakkan petani akibat banjir kilat yang melandar beberapa kawasan di Sarawak awal tahun ini.


Beliau telah difahami oleh Pegawai Penguasa Pertanian Bekenu Temiji Alwi bahawa terdapat masih ramai tidak menerima bantuan itu kerana para petani tidak menghantar borang bantuan yang telah disediakan oleh jabatan berkenaan.


Turut hadir pada penyampaian bantuan ialah ADUN N.61 Bekenu, YB Rosey Yunus, Pagawai Tadbir Sarawak Sibuti dan ketua-ketua kaum kawasan P.218 Sibuti.

Isnin, 31 Ogos 2009

KHAS UNTUK MU... YB Tuan Haji Ahmad Lai Bujang menyampaikan sumbangan wang ihsan kepada salah seorang anak yatim di Masjid Al-Taqwa Miri pada 30 Ogos 2009.


Berat mata memandang

berat lagi bahu memikul

inilah yang dapat diselami oleh Ahli Parlimen P.218 Sibuti


UTUSAN SUBIS (31 Ogos 2009) - Berat mata memandang berat lagi bahu memikul hati yang tidak mempunyai keluarga disisi terutamanya bila menghadapi masalah, inilah perasaan yang sering timbul pada anak-anak yatim yang dapat diselami kesulitan mereka oleh Ahli Parlimen P.218 Sibuti Ahmad Lai Bujang.


Berucap pada Majlis Penyampaian Wang Ihsan di Masjid Al-Taqwa di sini baru-baru ini berkata, kita sebagai masyarakat penyayang harus memberi dorongan dan sokongan kepada anak-anak yatim kerana isi hati seseorang anak yatim jauh berbeza dengan anak-anak yang mempunyai ibubapa dan keluarga.


“Kita harus bekerjasama menjaga anak-anak yatim dan beri pendidikkan kepada mereka supaya mereka akan menjadi seorang insan yang berdisplin dan bertanggungjawab satu hari nanti.


“Jika mereka berjaya nanti, pasti mereka juga akan memberi kerjasama kepada kita untuk menjaga anak-anak yatim kerana mereka ini sudah tahu betapa peritnya perasaan seseorang anak yatim itu“, jelasnya.


Majlis anjuran daripada Persatuan Kebajikan Anak-Anak Yatim Islam (PERKAYA) Miri telah menyampaikan wang ihsan kepada anak-anak yatim melebihi RM30 ribu, pada majlis ini juga Ahli Parlimen P.218 Sibuti Ahmad Lai Bujang juga turut menyumbangkan RM5,000 kepada tabung PERKAYA.


Turut hadir ialah Pengerusi PERKAYA Tuan Haji Imran Abdul Hamid, Pengerusi PERKIM Syarifah Fatimah, Temenggong Abdul Rahman Talil dan Ustaz-ustaz serta kakitangan kerajaan Bahagian Miri.

BERSABARLAH.... YB Tuan Haji Ahmad Lai Bujang ketika berucap yang mengikuti Program Lawatan Kerja Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu di Kampung Lusus Miri pada 29 Ogos 2009.


Kerajaan akan salur lebih banyak lagi peruntukan


UTUSAN SUBIS (31 Ogos 2009) – Kerajaan Persekutuan dan Negeri akan menyalurkan lebih banyak lagi peruntukan untuk pelbagai projek untuk membangunkan kawasan luar bandar dan kita hanya bersabar untuk menunggu kedatangan peruntukan itu.


Kenyataan yang sering didengar ini adalah semakin hari semakin membuat hati masyarakat luar bandar bagaikan menerima hadiah berupakan durian runtuh daripada kerajaan yang berwawasan 2020 dan 1 Malaysia.


Baru-baru ini, Ahli Parlimen P.218 Sibuti, Yang Berhormat Tuan Haji Ahmad Lai Bujang yang berucap di Majlis Lawatan Kerja di Kampung Lusut Taman Tunku Miri bersama Timbalan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu, katanya masyarakat luar bandar adalah harus memberi kerjasama kepada kerajaan kerana kerajaan sahaja mampu membela nasib rakyat pada masa ini.


Tinjauan Utusan Subis, bahawa semua kawasan luar bandar iaitu rumah-rumah panjang (pendalaman) dan kampung-kampung yang dahulu menggunakan sungai sebagai jalan penggangkutan utama, tetapi kini semua kawasan berkenaan sudah mempunyai jalan raya.


Begitu juga, di rumah-rumah panjang ulu sungai Sibuti dalam tahun 70-an – 80-an menggunakan minyak tanah sebagai sumber utama dapatkan cahaya pelita, tetapi kini telah berubah dan hampir semua kawasan luar bandar (Sibuti) sudah mendapat bekalan elektrik bantuan daripada kerajaan kita.


Dan baru-baru ini kita juga telah mendengar daripada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah telah meluluskan jutaan ringgit untuk projek bekalan air bersih kepada masyarakat di luar bandar.

Jumaat, 28 Ogos 2009

SETINGGI-TINGGI

"Tahniah"

DIUCAPKAN

KEPADA
YANG BERHORMAT
DATUK SERI IDRIS JALA

DI ATAS PERLANTIKKAN
SEBAGAI
MENTERI DI PEJABAT PERDANA MENTERI
KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF (CEO)
UNIT PENYAMPAIAN DAN PENGURUSAN PRESTASI (PEMANDU)

OLEH
DATUK SERI NAJIB TUN RAZAK
PERDANA MENTERI MALAYSIA
PADA 27 OGOS 2009

DARIPADA
YANG BERHORMAT
TUAN HAJI AHMAD LAI BIN BUJANG
AHLI PARLIMEN P.218 SIBUTI

"RAKYAT DIDAHULUKAN
PENCAPAIAN DIUTAMAKAN"

Khamis, 27 Ogos 2009

RENCANA KESIHATAN

KAWALAN RAPI...Jabatan Kesihatan sedang bergiat menjalankan tugas berjaga-jaga di Lapangan Terbang Antarabangsa Miri bagi mengenal pasti pembawa H1N1 dari negara luar. Gambar di atas telah dirakam ketika Utusan Subis balik dari Sibu baru-baru ini.


INFLUENZA A (H1N1)
PEMBUNUH BERSIRI?

UTUSAN SUBIS (27 Ogos 2009) – Jangan pandang ringan terhadap kehidupan keceriaan persekitaran anda yang tidak mempunyai sebarang tanda penyakit dan tidak bermunsuhan kedengkian sesama manusia, kini pembunuh senyap ini tidak memilih sesiapa pun, jika anda lalai tidak pentingkan kesihatan, kebersihan serta mengabaikan nasihat berharga daripada mana-mana pihak, maka…… anda adalah dikenakan supaya kenali pembunuh senyap yang dimaksudkan.

Tahukah anda?

Semalam (26 Ogos 2009) negara kita mempunyai seramai 324 pesakit baru dengan gejala influenza-like illness (ILI) telah dimasukkan ke hospital untuk rawatan dan dalam masa yang sama sejumlah 223 pesakit ILI telah didiscaj keluar. Seramai 1,446 pesakit ILI sedang menerima rawatan di 98 buah hospital termasuk 2 hospital swasta di seluruh negara. Untuk makluman daripada jumlah pesakit yang sedang dirawat, hanya 217 pesakit (15%) yang disahkan positif H1N1. (Maklumat ini diperolehi daripada www.moh.gov.my (Kementerian Kesihatan Malaysia)).

Kunjungi www.moh.gov.my demi pengetahuan dalam penjagaan diri dan semua.

Dari 217 kes yang disahkan H1N1, 51 kes berada di ICU di mana 9 kes merupakan kemasukan baru, sementara 2 lagi kes dipindah keluar dari ICU. Daripada 51 kes yang sedang dirawat di ICU, 39 kes (76%) mempunyai faktor risiko iaitu penyakit kronik (21), obesiti (9), kanak-kanak/bayi (6), post natal (1) dan Sindrom Down (2).

Untuk makluman, satu kematian didaftarkan pada hari ini setelah disahkan oleh Jawatankuasa Semakan Kematian (Mortality Review Committee). Maklumat ringkas mengenai kematian tersebut adalah seperti berikut:-

Seorang wanita berumur 24 tahun yang obes mula mengalami demam, batuk dan sakit kepala pada 08.08.09. Pesakit telah dimasukkan ke hospital swasta di Kuantan pada 10.08.09 dan dirawat sebagai viral pneumonitis. Pada 12.08.09, pesakit dirujuk ke hospital kerajaan kerana keadaannya bertambah teruk dan seterusnya dimasukkan ke ICU pada hari yang sama. Rawatan antiviral dimulakan pada 12.08.09 dan ujian makmal mendapati kes positif influenza A (H1N1) pada 17.08.09. Walau bagaimanapun, keadaan pesakit bertambah teruk dan beliau meninggal dunia pada 19.08.09. Sebab kematian adalah H1N1 with Acute Respiratory Distress Syndrome (ARDS).

Di peringkat global, laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), menunjukkan jumlah kes sehingga 26 Ogos 2009 adalah berjumlah 239,985 dengan 2,601 kematian dan ini menunjukkan penularan pandemik H1N1 di dunia masih lagi aktif dengan jumlah negara sebanyak 182. Pihak WHO dalam laporannya juga mengingatkan bahawa angka-angka yang ditunjukkan tidak menunjukkan gambaran situasi sebenar memandangkan WHO kini tidak lagi mewajibkan pelaporan kes.

Kementerian Kesihatan ingin memaklumkan sekali lagi bahawa satu sesi dialog antara Y.B. Menteri Kesihatan dengan para pengamal perubatan swasta mengenai pengendalian kes Influenza-like Illiness (ILI) yang di syaki Influenza A(H1N1) telah dijadual akan diadakan pada esok hari iaitu Khamis 27 Ogos 2009, pada jam 3.30 petang di Bilik Gerakan KKM, Aras 4, Blok E7, Parcel E, Putrajaya. Semua pengamal perubatan swasta amat digalakkan untuk hadir ke sesi taklimat tersebut.

Baru-baru ini Utusan Subis mengambil sedikit masa pergi ke Sibu menggunakan penerbangan Maswing dan sampai di sana mendapati iklan kesihatan amat bermakna kepada semua dan hargailah nasihat yang terpapar walau di mana pun.

Iklan dan maklumat Kementerian Kesihatan yang ada terdapat di setiap lapangan terbang negara kita adalah bukan sebagai mencantikkan lapangan terbang, ambillah sedikit masa untuk mengetahui lebih mendalam tentang catitan-catitan pada iklan berkenaan.

Nasihat Perjalanan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia.

Wabak H1N1 yang melanda dunia pada hari ini mula-mula dikesan di Mexico pada bulan April 2009 dan disebabkan oleh satu strain virus influenza yang baru. Pada 30 April 2009, Pertubuhan Kesihatan Seduna (WHO) telah menamakannya sebagai Influenza A (H1N1).

Sebelum itu, pada 2008 April, WHO telah menukar amaran fasa pandemik ke ‘fasa 5’, yang bermaksud -….penyebaran virus di sekurang-kurangnya dua (2) buah negara rantau WHO. Penguman Fasa 5 ini menandakan ancaman pandemic akan berlaku pada bila-bila masa.

PERJALANAN KE NEGARA YANG DILANDA DENGAN H1N1.

Rakyat Malaysia tidak digalakkan melawat negara-negara berkenaan pada mas ini, jika perjalanan tidak dapat dielakkan mereka perlu berhati-hati dan mengambil langkah-langkah berikut:

· Ketahui kawasan wabak atau kawasan yang mengalami kes H1N1 yang tinggi, elakkan melawat tempat-tempat yang sesak.

· Elakkan bersentuhan dengan pesakit H1N1. Jika anda terpaksa berhubung rapat dengan pesakit, guna alat perlindung pernafasan yang sesuai.

· Jaga kebersihan diri sepanjang masa. Tutup mulut bila anda batuk atau bersin. Basuh tangan dengan air dan sabun.

· Kalau anda jatuh sakit, SEGERA dapatkan rawatan.

Jika anda baru balik dari kawasan yang dilanda H1N1, elakkan berhubung rapat dengan orang lain selama 7 hari. Kalau dalam tempoh tersebut anda demam dan menghidapi satu atau lebih gejala berikut – batuk, susah bernafas, sakit badan, sakit kepala atau sakit tekak, SEGERA dapatkan rawatan daripada doktor.

Maklum kepada doktor yang merawat bahawa anda baru pulang dari negara/kawasan yang dilanda H1N1.

KETAHUILAH H1N1 (Influenza A).

1. Apakah pandemik Influenza?

*Wabak penyakit influenza yang berlaku di seluruh dunia akibat dari jangkitan virus influenza baru (novel virus).

2. Apakah gejala yang dialami oleh pesakit influenza?

* Deman kuat melebihi 38°C, sakit tekak, sakit kepala, letih, lesu, sakit-sakit badan, batuk teruk, tidak berkahak pada peringkat awal.

Pesakit boleh juga mengalami :-

* Radang mata, cirit-birit, sesak nafas.

3. Bagaimana manusia boleh mendapat jangkitan?

* Jangkitan tersebar melalui titisan cecair daripada saluran pernafasan pesakit yang dijangkit semasa bersin, batuk atau bercakap pada jarak yang dekat (3 kaki atau 1 meter) atau bersentuhan dengan permukaan / objek yang tercemar.

4. Apakah langkah-langkah pencegahan pandemic influenza?

* Elakkan berhubung rapat dengan pesakit tanpa alat perlindungan diri; seperti penutup mulut dan hidung (mask), sentiasa mengamalkan kebersihan diri dan cara hidup sihat, mendapatkan rawatan awal jika mengalami sebarang gejala atau tanda influenza.

5. Apakah rawatan untuk penyakit influenza?

* Rawatan adalah secara simptomatik. Beberapa antiviral boleh membantu jika diberi pada peringkat awal. Walaubagaimana pun, keberkesanannya masih belum diketahui.

6. Apakah vaksin berkesan untuk mencegah pandemik infliuenza?

* TIDAK ! Vaksin yang ada dipasaran sekarang tidak memberi perlindungan terhadap pandemik influenza.

7. Adakah selamat untuk melawat ke negara-negara semasa pandemik influenza?

* ELAKKAN ! Jika perlu, dapatkan nasihat daripada Kementerian Kesihatan terlebih dahulu sebelum sebarang perjalanan dilakukan.

8. Apakah perbezaan di antara INFLUENZA, AVIAN INFLUENZA dan PANDEMIK INFLUENZA?

Influenza adalah sejenis penyakit yang terjadi akibat dari jangkitan virus influenza A atau B atau C, yang menyerang saluran pernafasan manusia. Jangkitan dari seorang manusia kepada manusia lain berlaku melalui titisan cecair dari saluran pernafasan pesakit semasa batuk / bersin / bercakap.

Penyakit ini berlaku di seluruh dunia tetapi paling ketara dan teruk di negara-negara berhawa sederhana terutamanya di musim sejuk, sehingga ia dipanggil penyakit influenza bermusim.

Avian influenza satu atau selesema burung pula merupakan jangkitan virus influenza pada unggas. Dalam keadaan tertentu, ia boleh menjangkiti manusia. Virus tersebut adalah dari jenis Highly Pathogenic Avian Influenza (HPAI). Jika berlaku, pesakit akan mengalami gejala yang terus dan mungkin mati.

Virus selesema burung (avian influenza) ini boleh mengalami perubahan genetik dengan cepat dan muncul sebagai virus jelmaan baru (novel virus). Virus jenis terbut boleh menyerang manusia dan merebak daripada manusia kepada manusia dengan cepat sehingga mengakibatkan wabak di seluruh dunia. Ini dikatakan sebagai Pandekmik Influenza.

9. Di manakah anda boleh mendapatkan rawatan?

Sekiranya anda mengalami gejala seperti di bawah, segera ke kaunter khas di hospital yang telah ditetapkan :-

* Deman kuat melebihi 38°C, sakit tekak, sakit kepala, letih, lesu, sakit-sakit badan, batuk teruk, tidak berkahak pada peringkat awal.

10. Apa yang perlu dilakukan jika anda dijangkiti?

* Gunakan penutup hidung dan mulut atau sapu tangan, majlumkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut ATAU terus ke kaunter khas di hospital yang telah ditetapkan. JANGAN guna kenderaan awam dan kurangkan bersentuhan dan bergaul rapat dengan orang lain.

11. Adakah jangkitan ini boleh membawa maut?

Risiko kematian adalah tinggi jika mengalami komplikasi di kalngan kanak-kanak, warga tua dan mereka yang mempunyai penyakit kronik lain seperti jangkitan paru-paru dan sakit jantung.

Kesimpulan, anda yang telah membaca habis rencana kesihatan demi keselamatan kita semua ini, sila jangan abaikan nasihat yang telah disalurkan oleh pihak kesihatan setempat, malah kita harus mengucapkan terima kasih dan hargailah jasa mereka.