Jumaat, 20 Mei 2011

MENTERAI… Ahmad Lai Bujang saksi dan menandatangani penerimaan Projek PTD merangkumi empat projek dari KKLW. Turut terlibat ialah KK Jumat Mail (terima) dan Pengerak Kampung Noprafidah Ahmad (serah) dan saksi kedua Suhardi Manjeli (KKLW).

KKLW bantu maju masyarakat kampung

UTUSAN SIBUTI - Masyarakat kampung pendalaman yang telah terbukti dalam mempertingkatkan ekonomi mereka sudah pasti kerajaan tidak khuatir menyalur bantuan dan memperkenalkan projek besar dalam tingkatkan pendapatan penduduk kampung.

Kata Ahli Parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang ketika berucapa pada Majlis Menandatangani Dokumen Projek Pelan Tindakan Desa (PTD) antara Institut Kemajuan Desa (INFRA) dan penduduk Kampung Selanyau petang tadi.

Katanya, Kampung Selanyau dikategori Gred A ini memang benar terbukti dan terkenal dengan Beras Sibuti sejak 20 tahun hingga kini masih lagi bergiat dengan penanaman padi yan g terbesar di kawasan Sibuti.

“Kampung ini juga merupakan kampung yang terbesar mengeluarkan hasil pertanian seperti jagung manis, buah naga dan pelbagai jenis buahan yang sekali gus menjadikan kampung ini terus dikenali luar.

“Kampung ini juga mempunyai pelbagai sejarah kejayaannya dalam pengusahaan ekonomi kampung dan pertanian hingga ramai menteri pusat datang melawat kawasan ini,” jelasnya dengan mengucapkan tahniah kepada penduduk kampung yang berjaya mendapat Projek PTD saluran Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW).

Tambahnya, tujuan KKLW ini untuk memberi penerangan dan panduan mengenai pelaksanaan projek-projek PTD yang mendapat peruntukan khas di bawah PRE-2 (2009-2010) sebanyak RM15 juta seluruh Malaysia.

Garisan Panduan ini mengandungi konsep, kaedah dan makanisme pelaksanaan projek PTD yang perlu dipatuhi oleh agensi penyelaras, JKKK/JKKKP dan agensi pembayar.

Sementara itu, objektif Projek PTD ialah meningkatkan pengupayaan komuniti dalam merancang dan melaksana projek, meningkatkan kapasiti masyarakat luar bandar dalam merancang, melaksanan dan membuat penilaian ke atas projek.

Ia juga sebagai memberi peluang kepada masyarakat menggunakan kemahiran, keupayaan dan pengalaman mereka dalam melaksanakan projek dan aktiviti di kampung, katanya.

Skop projek ini ialah mengembangkan lagi projek yang sedia ada, melaksanakan projek yang mampu menampung permintaan pasaran tempatan atau luar, penyediaan kemudahan usaha untuk membantu aspek pelancongan desa dan perningkatan pendapatan penduduk.

Selain itu, ia adalah projek yang menggunakan teknologi moden, inovasi baru kea rah peningkatan hasil dan mutu pengeluaran. Pelaksanaan projek digalakkan secara gotong-royong dengan memaksimumkan penglibatan masyarakat yang mengikut peraturan tetap.

Projek PTD Kampung Selanyau Sibuti ini mempunyai empat projek iaitu Projek Khemah, Projek Ikan Air Tawar,Projek Ikan Keli dan Projek Alat Pengisar Padi dan mendapat bantuan sejumlah RM170,000 daripada KKLW.

Turut hadir pada majlis ini ialah Ahli Dewan Undangan Negeri N.61 Bekenu, Rosey Yunus, Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan dan Pemantauan Projek Cawangan Sarawak (KKLW) Suhardi Manjeli, Ketua Kaum Jumat Mail dan Pengerak Kampung Noprafidah Ahmad kakitangan KEMAS Sibuti serta peserta projek penduduk Kampung Selanyau.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan