Jumaat, 20 Mei 2011

Kraf Enam Negeri Di Miri

UTUSAN SIBUTI -- Seramai 55 usahawan dari enam buah negeri akan mengambil bahagian dalam Promosi Kraf Malaysia yang akan berlangsung selama lima hari bermula 21 May 2011 di Pusat Kraftangan Miri.

Peserta-peserta yang terdiri daripada usahawan kraf dari Melaka, Selangor, Terengganu, Kelantan, Sabah dan Sarawak ini akan terlibat dalam penjualan hasil kraf berasaskan tekstil, hasil rimba, hasil tanah, logam serta aneka kraf.

Menerusi promosi ini juga, pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah yang terpilih akan terlibat dalam aktiviti pembelajaran secara interaktif dalam pembuatan kraf seperti mencanting dan mewarna batik, anyaman bakul serta sulaman manik.

Bengkel seni warisan anyaman rotan dan persembahan kesenian dan kebudayaan juga akan diadakan dengan kerjasama Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Sarawak, Jabatan Penerangan Malaysia dan persatuan-persatuan kebudayaan tempatan, kata beliau menerusi satu kenyataan.

Promosi anjuran bersama Majlis Bandaraya Miri (MBM) ini bertujuan memberi peluang kepada usahawan kraf Malaysia mempromosi produk kraf keluaran mereka di pusat tumpuan pengunjung, di samping menggalakkan minat dan penggunaan produk kraf Malaysia dalam kehidupan seharian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan