Jumaat, 20 Mei 2011

Wakil Rakyat : Kerajaan Laksana
Projek Walaupun Lambat

UTUSAN SIBUTI – Program pembangunan kawasan Parlimen Sibuti terus dilaksanakan walaupun memakan masa yang panjang kerana projek-projek pembangunan kawasan telah diluluskan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9) dan RMK10.

Ahli Parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang ketika ditemui selepas menghadiri Talimat Pembangunan Kawasan Sibuti di Majlis Daerah Subis (MDS) di sini pagi tadi berkata, pemabangunan yang merangkum empat zon di sini iaitu Zon Lambir, Bekenu, Niah (Sepupok) dan Batu Niah akan diteruskan dan kerja pemantauan juga dijalankan setiap masa.



“Usaha kerajaan membawa pembangunan ini bahawa kerja pemantauan ini saya sendiri bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bekenu Rosey Yunus dan ADUN Lambir Ripin Lamat turun padang ke setiap kawasan di empat berkenaan”, katanya.

Kebanyakan projek yang diluluskan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) dan RMK-10 akan diteruskan dalam RMK-10 ini.

Dalam konteks ini, beliau mengingatkan rakyat agar menghargai usaha yang dilakukan oleh kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri dalam membangunkan negeri ini, tambahnya lagi.


“Rakyat harus menghargai dan menerima pembangunan yang dilaksanakan kerajaan dalam tempoh 30 tahun lalu. Tempoh itu bukan jangka masa yang pendek, justeru rakyat tidak harus mudah diputar belit oleh pihak yang cuba mengetepikan hakikat itu.

“Kerajaan sedar dan sensitif dengan keperluan dan aspirasi rakyat, bukan sahaja di bandar bahkan di luar bandar dan kawasan yang jauh di pedalaman. Ini terbukti dengan pembangunan infrastruktur dan kemudahan asas seperti jalan raya, bekalan air paip bersih dan bekalan elektrik projek ini dilaksanakan setiap tahun sehingga 2015 dan seterusnya,” jelasnya.

ADUN Bekenu Rosey Yunus yang turut menghadiri Talimat Pembangunan Kawasan bersama para kaunselor MDS berkata, talimat ini sangat baik baik mengenalpasti projek-projek pembangunan kerajaan sentiasa berjalan lancar.


Kerja turun padang dan kerjasama antara pemimpin kerajaan bersama masyarakat setempat harus dilakukan supaya masyarakat yang memerlukan pembangunan akan tercapai dan berhasil, jelasnya.


“Kita akan terus membuat penelitian terbaik mengutamakan aspek keselamatan, bersatu padu, kesihatan, perlajaran, kemudahan asas dan sebagainya untuk menaik taraf hidup rakyat rumah panjang dan kampung di luar bandar ini.

“Rakyat harus dapat apa yang mereka mahu, dalam kontek ini, rakyat harus memberi kerjasama kepada kerajaan maka itu setiap permohonan dan keperluan rakyat akan mudah disampaikan ke kawasan mereka,” jelasnya.


Di DUN Bekenu ini, yang mempunyai empat kawasan penting iaitu Bekenu, Niah (Sepupok) dan Batu Niah serta Saeh akan terus dipantau bagi setiap perlaksanaan pembangunan akan berjaya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan