Jumaat, 20 Mei 2011

SERAH… Rosey Yunus saksi penyerahan angkat dari UiTM kepada penduduk kampung sambil diperhatikan oleh Dr. Shamuddin Ahmad (tiga kanan) baru-baru ini.

Rosey - Hormati Adam Resam Masyarakat

UTUSAN SIBUTI – Selamilah keunikkan kebudayaan dan kehidupan masyarakat Kedayan Kampung Kelulit bersama penduduk di persekitaran kawasan Bekenu yang mempunyai pelbagai adat resam yang saling menghormati sebagai bekalan kejayaan.

Kata Ahli Dewan Undangan N.61 Bekenu Rosey Yunus ketika berucap di Majlis Program Penyerahan Anak Angkat Pelajar Universiti Teknologi Malaysia (UiTM) Skudai Johor Bahru anjuran Kolej Dato’ Onn Jaafar (KDOJ) dan Kolej Datin Sri Endon (KDSE) baru-baru ini.

Katanya, masyarakat Kedayan di sini mempunyai pelbagai adat resam yang saling menghormati dan yang harus dibawa dan diperkenalkan di kawasan peserta apabila balik ke semenanjung kelak.

Pelajarilah dan selami kebudayaan masyarakat di sini sebagai motivasi pendidikan diri menjadikan ia satu bekalan dalam berdikari mencari peluang pekerjaan selepas tamat penggajian UiTM kelak.

Kepada keluarga angkat yang menerima anak angkat yang merupakan mahasiswa mahasiswi diharapkan supaya berintraksi sepenuhnya bagi menjayakan program ini sehingga membawa nama baik kampung ini di mata seluruh Malaysia, tambahnya.

Program yang diketuai oleh Pengetua KDOJ Dr Shamsuddin Ahmad telah disertai seramai 40 pelajar UiTM Skudai Johor yang berbeza kursus penggajian.

Pelbagai aktiviti menarik dijalankan semasa program ini berlangsung, antaranya ialah program motivasi pendidikan, ceramah, gotong royong bersama keluarga angkat dan malam kebudayaan.

Pada majlis ini, ADUN Bekenu Rosey Yunus turut menyumbangkan peruntukan RM3,000 bagi menjayakan program tersebut.

Hadir pada majlis penyerahan anak angkat ialah Ketua Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB Bekenu) Sambli Tingal, Kaunselor Sulaiman Ahmad, Penghulu Junit Mulok dan ketua kaum setempat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan