Selasa, 13 Mac 2012


ALBUM…. Adam Abdul Malik (dua kiri) merakam kenangan bersama Rosey Yunus dan jawatankuasa penganjuran Pesta Bekenu baru-baru ini.

Pasukan Brunei dialukan turut serta KKFM

KARNIVAL Kejohanan Futsal Miri (KKFM) 2012 anjuran ANTBIZ NETWORK mengalukan penyertaan beberapa pasukan dari negara Brunei Darussalam untuk merentap bersama pasukan tempatan yang akan berlangsung pada 22 hingga 25 Mac depan.

Pengerusi penganjuran KKFM 2012 (ANTBIZ NETWORK) Adam Abdul Malik ketika ditemui satu mesyuarat ringkas di Majlis Daerah Subis (MDS) baru-baru ini berkata, kejohanan buat julung kali diadakan ini sangat berharap pasukan dari Brunei akan menyertainya.

Katanya, pengelibatan pasukan dari Brunei ini adalah sebagai satu semangat kemasyarakatan berjiran dalam memupuk semangat perpaduan persaudaraan kalangan masyarakat utara Sarawak dengan negara jiran.

Selain daripada itu, ia untuk pasukan tempatan seperti Miri, Limbang, Lawas, Baram, Bekenu, Batu Niah dan Bintulu dalam mengcungkil bakat dalam pertandingan futsal dan mencuri cara gaya permainan pasukan Brunei yang handalan itu.

“Kejohanan ini diadakan bukan semata-mata untuk memenangi hadiah-hadiah lumayan tetapi untuk tujuan memenangi pertalian erat persaudaran lebih penting,” jelasnya.

Penganjuran ini juga turut melibatkan kerjasama daripada Majlis Bandaraya Miri (MBM) dan Vikings Sports Management (Vikings Futsal Malaysia) dengan menyediakan hadiah keseluruhan bernilai RM5,000 bersama piala dan pingat.

Kepada mana-mana pasukan yang berminat untuk menyertai kejohanan ini boleh dapatkan borang dan syaratnya daripada Pengerusi Penganjuran Adam Abdul Malik di talian 016-5252569, Fadilah Ibrahim (013-8137598) dan Lee Joon Siong (City Sport Miri/012-8041199).

Borang yang telah siap diisi hendaklah dikembalikan kepada pihak penganjuran pada 21 Mac untuk membuat persiapan jadual perlawanan. Semua perlawanan akan diadakan di Stadium Tertutup Miri.

Selain daripada itu, pihak pengajur juga menyediakan cabutan bertuah kepada pasukan dan orang ramai yang menyertai kejohanan ini bagi memeriahkan sambutan Karnival Kejohanan Futsal Miri 2012 ini.

Kejohanan ini dibahagikan kepada dua kategori iaitu lelaki dengan yuran penyertaan RM150 sepasukan dan wanita (RM100/sepasukan)

Hadian kategori lelaki, johan akan menerima hadiah wang tunai bernilai RM1,500 bersama piala dan pingat, kedua (RM1,000 bersama piala dan pingat) dan ketiga (RM500 piala dan pingat)

Hadian kategori wanita, johan akan menerima hadiah wang tunai bernilai RM300 bersama piala dan pingat, tempat kedua  (RM200 bersama piala dan pingat) dan tempat ketiga menerima piala dan pingat sahaja.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan