Selasa, 13 Mac 2012



ROSEY Yunus (dua kiri) ketika mengikuti rombongan Datin Hajah Fatimah Abdul di Majlis Pertandingan Kek Lapisan Sarawak Bercorak di Miri.

ROSEY tidak faham tawaran Mawan kepada Geng 5

MENTERI Muda Pendidikan Awal Kanak-kanak dan Pembangunan Keluarga Rosey Yunus menjadi  tanya terhadap apa motif dan tujuan Presiden Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) Tan Sri William Mawan Ikom menyatakan pintu SPDP terbuka untuk G5.

Katanya, tawaran Tan Sri Mawan yang bertajuk “Pintu SPDP terbuka untuk G5” yang disiarkan di akhbar Utusan Sarawak pada 11 Mac kelmarin amat menimbulkan satu tanda tanya terhadap diri sendiri bersama empat lagi rakan sepejuang membela nasib rakyat.

“Pintu SPDP terbuka untuk G5? Apa maksudnya dengan tawaran itu, tawaran yang sukar dipahamkan? Ingin kami G5 yang dilucut oleh Presiden SPDP untuk kembali ke SPDP?

“Ikhlaskah tawaran itu? Seikhlas mana tawaran itu apabila pernah beberapa bulan lepas pernah Presiden SPDP sendiri mengeluarkan kenyataan pintu SPDP tertutup untuk G5 dan semua mesyuarat Bahagian SPDP menyaran kami G5 dibuang dari SPDP,” jelasnya ketika dihubungi.

Rosey Yunus yang merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri N.61 Bekenu menambah, kami dikeluarkan sebelum kami sempat untuk menjawap pertuduhan dan mereka (SPDP) tubuhkan komiti disiplin terhadap kami G5.

Dan kelmarin, Tan Sri Mawan juga menyatakan “Door still open” di New Sarawak Tribune, tetapi yang paling jelas bahawa buat masa ini tidak perlulah G5 menjadi agenda mesyuarat lagi.

“Janganlah….. cukuplah sudah….., kita (G5) sudah berpisah dengan SPDP…. janganlah lagi SPDP masih mahu mengintai-intai apa yang kami lakukan, kami akan buat dan berkhidmat terus sepenuhnya kepada masyarakat di lima kawasan kami.

“Selain itu, seperkara penting ialah tidak ada wujudnya lagi perkataan SPDP5 sebab G5 ini ialah terdiri daripada saya sendiri,  Menteri Muda Pembangunan Perindustrian Estet dan Perkhidmatan Komuniti Datuk Peter Nansian Ngusie, Menteri Muda Kemudahan Awam dan Pertanian Datuk Sylvester Entri Muran, ADUN Batu Danau (Pengerusi Lembaga Pelabuhan Miri) Paulus Gumbang dan Ahli Parlimen Mas Gading Datuk Dr Tiki Lafe,” ujarnya lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan