TERIMA KASEH… Rosey Yunus menyampaikan
sumbangan RM3,000 yang disambut oleh Pengerusi
Majlis Kutipan Dana Tr. Ayai Sawing sambil diperhatikan oleh Ahmad Lai
Bujang.
ROSEY : SERAPKAN ANAK-ANAK DENGAN
KEKUATAN AGAMA
DIDIK anak-anak dengan kekuatan agama dan jati diri supaya mereka tidak mudah
terjebak dengan kegiatan yang tidak baik, kata Menteri Muda Pendidikan Awal
Kanak-kanak dan Pembangunan Peluarga Rosey Yunus.
Katanya,
walaupun negara kita dengan agama Islam sebagai agama rasmi negara namun
masyarakat kita adalah bebas untuk menjalankan aktiviti keagamaan masing-masing
kerana ia juga turut menyumbang ke arah pembangunan negara.
“Apa yang
penting kepada ibubapa ialah perlu menitik berat terhadap agama masing-masing yang
harus diserapkan ke minda anak ketika usia kecil supaya mereka tidak mudah terjejak dengan kegiatan
tidak baik yang boleh memusnahkan masa depan mereka.
“Setiap
aktiviti sihat melalui agama masing-masing bahawa kerajaan tidak berpilih kaseh
untuk menyampaikan bantuan dan sumbangan, ini kerana kerajaan sangat peka
terhadap pembangunan kepada masyarakat dan negara,” jelasnya.
Sementera
itu, Ahli Parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang berkata di majlis itu, kerajaan
Barisan Nasional (BN) sangat peka dengan keperluan setiap pertubuhan dan badan
sosial (kelab) kawasan ini untuk menghulurkan bantuan dalam memberi pembangunan
lebih menjaminkan masa depan mereka.
Oleh itu,
kepada mana-mana pertubuhan dan badan sosial (kelab) mohonlah peruntukkan untuk
meneruskan kegiatan sosial yang boleh membawa kebaikkan kepada semua malahan
kepada negara, tambahnya.
Pada majlis
tersebut, Rosey Yunus dan Ahmad Lai Bujang masing-masing menyumbangkan RM3,000
kepada Tabung Kutipan Dana Gereja (BEM)SIB Sunggai Saeh Niah untuk melancarkan
kegiatan aktiviti yang telah dirancangkan oleh masyarakat Kristian di Zon Saeh.
Turut hadir
pada majlis Perasmian Majlis Makan Malam Kutipan Dana Gereja (BEM) SIB Sungai
Saeh Niah ini ialah Pengerusi Majlis Kutipan Dana Tr. Ayai Sawing, Kaunselor
Sulaiman Ahmad, Kaunselor George Thien dan Pengerusi Pembangunan Zon Saeh Epat
Bakar dan ketua-ketua masyarakat setempat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan