Selasa, 13 Mac 2012



ALBUM… Sambil Tingal (bertopi tengah) bersama rombongan merakamkan kenangan bersama pasukan johan, naib johan, ketiga dan ketempat selepas majlis penyampaian hadiah. 

(Bola Sepak)
Sepupok United Juara Piala Belia Sepupok 2012

PASUKAN Sepupok United menang tipis 1-0 ke atas Paderan FC pada perlawanan akhir Kejohanan Bolasepak 9 Sebelah anjuran Belia Sepupok 2012 pada petang semalam.

Sepupok United  yang bergelar juara pada kejohanan ini telah menerima hadian RM500 bersama piala dan pingat yang disampaikan oleh wakil Ahli Dewan Undangan Negeri N.62 Lambir Ripin Lamat iaitu Ketua Pemuda PBB Bekenu Sambli Tinggal.

Naib johan Paderan FC yang akur dengan kehebatan juara itu telah menerima hadiah wang tunai RM300 bersama piala dan pingat.

Tempat ketiga dimenangi oleh pasukan PPST (Tanjung Melipat/Batu Niah) dengan menerima hadiah wang tunai RM200 bersama piala dan Pingat, tempat keempat pasukan Sungai Trus FC menerima hadiah berupa pingat sahaja.

Pada majlis penutupan kejohanan ini Sambli Tinggal yang mewakili ADUN Lambir berkata, kejohanan seumpama ini haruslah diadakan kerap kali untuk mendekatkan para belia setempat dengan masyarakat luar yang bertandang menyertai pertandingan tersebut.

Katanya, pertandingan ini juga sangat baik dan dari pertandingan sedemikian dapatlah pihak penganjuran menyerapkan beberapa pemain yang berbakat untuk pasukan daerah ke mana-mana kejohanan bola sepak di bahagian Miri.

Aktiviti sosial bersukan ini amat baik diadakan di Sepupok ini kerana boleh memeriahkan suasana sunyi menjadi satu pekan kecil boleh menarik minat ramai pengunjung ke sini terutamanya pada hujung minggu, jelasnya.

Selain daripada itu, ia juga dapat mempereratkan lagi perhubungan kerjasama para belia bersama pihak kerajaan terutamanya kepada kerajaan Barisan Nasional (BN)supaya BN lebih kukuh dan menjaminkan masa depan para belia di kawasan luar bandar.

Kejohanan ini turut menarik minat seramai 33 pasukan yang kebanyakkannya dari kawasan luar Sepupok Niah. Turut hadir ialah Ketua Pemuda Ranting Kampung Angus Bekenu, Pengerusi Pembangunan Zon Saeh Epat Bakar dan ahli-ahli komponen Barisan Nasional.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan